11 Mar 2015

KISPEN #5: TIMAH KUAT MAKI

Semalam Timah berjalan berseorangan di laluan pejalan kaki sekitar Bangsar. Pada ketika itu,hujan sedang turun dengan lebatnya.Timah tetap meneruskan perjalanannya untuk menuju ke destinasi yang ingin ditujui.
      Tiba di satu selekoh,sebuah motosikal mat rempit melintasi Timah lalu melanggar kelopak air yang bertakung.
  "Pukimaklah,habis baju aku basah,babi!" Timah melampiaskan amarahnya di hadapan mat rempit tersebut.
    "Sorry cik,saya tak perasan ada kelopak air kat sini,saya nak cepat tadi" tutur lelaki yang digelar mat rempit oleh  Timah tadi.
  "Memanglah,engko tu mat rempit,mana reti bawak slow,cibai!"    Marah Timah lagi. Mana taknya,habis baju berjenama Guess  Chow kit dia lencun dek percikan air kotor tadi. Sudahlah dia lewat mahu pergi temuduga.
 "Maafkan saya cik,saya janji lepas ni saya akan berhati - hati"
  "Pura - pura noob lah sial dia ni" tutur Timah perlahan,namun dapat didengar oleh jejaka mat rempit tadi.
   "By the way,cik ni dah lawa,tapi sayang,mulut je bau longkang sikit" kata mat rempit tu,dengan senyum segaris.
  "Babi,blah la sial"

  Sepanjang perjalanan ke tempat yang ingin ditujui,mulut Timah belum berhenti menyumpah seranah mat rempit tadi. Hendak patah balik,dia rasa sayang pula,kerana inilah peluang keemasan yang patut direbut.
     Di pendekkan cerita,Timah bertemu lagi dengan mat rempit tadi,dan kali ini,Timah betul2 rasa malu yang teramat sangat. Mana tidaknya,lelaki yang disangkanya mat rempit tadi,kini telah bertukar menjadi seorang pegawai pramugara yang segak.
  Tanpa perlu temuduga,Timah berjaya melepasi temuduga untuk menjadi seorang pramugari.

***


Margolas: Thurlip Screamero

No comments:

Post a Comment