Air di tab mandi beransur merah, kesakitan yang terbuku mengalir lega. Dia terbang meringan setiap kali mata pisau menghiris permukaan kulit hingga ke isi. 'Kau selalu kata aku gila kerana mencederakan diri sendiri? Memang aku gila.' Dia membersihkan tangan dan pisau berdarah di sinki, meludah mayat penuh kelar di tab mandi sebelum berlalu pergi. Sementara tunggu kedai mekanik buka.
***
No comments:
Post a Comment