Jamil dan milah sedang rancak menikmati burger double cheese daging di satu sudut cafe suriram yang berhampiran dengan fakulti mereka sambil berbual mesra.
''Milah, aku dengar malam semalam adol keluar dengan nura.''
''Ye ke? Aku rasa dorang tu ehem ehem la semalam sebab aku dengar budak budak ni kata adol pick up nura kat gate belakang sana tu.''
''Dah apalagi kalau bukan ehem ehem. Kalau tak takkan keluar ikut jalan gelap sana tu. Lain macam jugak selera si nura tu.''
Terbahak bahak mereka mentertawakan nura dan adol. manakan nura yang sentiasa cantik dan wangi bernafsu terhadap adol yang boroi dan masam mencuka itu. Sambil itu, mereka rakus mengunyah daging burger dan tanpa sedar darah menjejes jejes keluar dari mulut mereka.
***
No comments:
Post a Comment