10 Mar 2015

KARKAS #4: 15 MINIT

Jeritan yang berulang kali dari telefon bimbit telah menyelamatkan aku dari satu mimpi ngeri. Pantas tangan aku meraba-raba meja kecil ditepi katil. 

"Hello." Sapa aku.

"Woi, buat benda tu? Moh le lepak. Aku  kat KLCC ni." Tetiba suara serak basah tanpa adab menujah masuk ke gegendang telinga aku.

"Tido." Jawab aku ringkas.

"Apa benda membuta, keluar laa. Kau bukan anak dara." Lagi katanya mengejek aku.

"Yela, 15 minit lagi aku sampai." Jawab aku.

"Jangan nak 15 minit sangat, ambil masa kau. Jangan bawa motor macam pelesit, tau setan." Katanya dalam nada serius.

Kami memang begini, kasar pada bahasa tapi baik pada hati. Kami sudah lama bersahabat, Tam bukan saja aku anggap sebagai sahabat tapi penasihat dalam setiap masalah aku.

Aku bingkas bangun dan terus mencapai tuala serta mahu bersiap untuk menemuinya. Pasti banyak yang bakal kami borakkan.

Usai merapikan rambut, helmet kura-kura aku gapai, terus meluru ke motor Ex5, juara rempit jalan 5 tahun berturut-turut. Sebut saja celah mana di perut Kuala Lumpur pasti dalam tempoh 15 minit aku sampai. Jam di tangan menunjukkan aku hanya punya masa 8 minit untuk sampai ke KlCC.  Tanpa buang masa aku terus bergerak, kelajuan aku tingkatankan, selekoh aku ambil tanpa sebarang masalah. 

Tiba-tiba, 
"Bam!"

Terang jadi gelap, jalan jadi tilam, KLCC tak sampai tapi ajal yang datang.

***

Margolas: Mensiour Jasad 


No comments:

Post a Comment