Derap langkah yang tadinya kedengaran sayup-sayup, sudah semakin jelas di telinga. Peluh yang merenik di dahi diseka dengan telapak tangan. Jantung? Tunggu masa je nak tercabut.
Abul menarik nafas dalam-dalam. Jantung berdegup semakin kencang. Derap langkah kedengaran lebih jelas - menghampiri.
Abul memejamkan matanya. Berharap entah siapa pun yang berjalan itu akan menukar hala tujunya. Sekali lagi dia menyeka peluh di dahi. Baju sudah sedia basah dek air hujan yang sudah mulai reda.
"Abul!"
Abul gigit bibir.
"Kau dah curi ayam aku, kau nak menyorok pulak?!" Jerkah Padil.
***
No comments:
Post a Comment