11 Mar 2015

KARKAS #74: DOLLAH DOLLAH LAGI

Usai mandi, Dollah bergerak ke satu sudut di dalam bilik air. Ditatapnya roman pada cermin tanpa jemu.
'Sudah sembilan bulan aku menyewa kat rumah ni dan selama itu juga aku tak pernah membuang sehelai rambut pun yang tumbuh di muka ni.' Bisik hati Dollah seraya tangannya meraba-raba misai dan jambang di muka.

Ketika ini hati dan otaknya sedang berperang, hati mahu mukanya bersih tanpa bulu tetapi otaknya membantah keras. Dollah cuba memaksa tangan mengapai pisau cukur tetapi tangannya tiba-tiba tidak bermaya.
'Siot! otak menang lagi!'

Dollah melangkah longlai keluar dari bilik air, ingatannya terimbas pada satu drama TV yang di tonton semasa usianya remaja.

"Kita tak boleh kawin Ina, abang ada HIV positif, sumpah abang tak ambil dadah atau seks bebas tapi sakit ini abang dapat dari pisau cukur."

Itu dialog yang acapkali berlagu di telinga Dollah.

***

No comments:

Post a Comment