Showing posts with label Ben Syamil. Show all posts
Showing posts with label Ben Syamil. Show all posts

3 Jun 2015

KARKAS #167: PELANGI SATU WARNA

Secara harfiahnya, tiap kali mata tertancap pada separa bulat di kaki langit selepas ia menangis, perkara biasanya ialah akan terlihat tujuh warna terbias yang indah; menghias tubir di atas itu dengan apa yang diperkatakan sebagai salah satu nikmat ketika bernyawa. Spektrum warna yang bisa membuat siapa-siapa sahaja terdiam melihat agungnya seni Tuhan, artis yang boleh mencanting seni di mana-mana sahaja, meski tiada kanvas untuk dijadikan alas tempat melontar rasa.

Namun, aku adalah antara mereka-mereka yang hanya dapat melihat satu warna sahaja daripada tujuh yang tersedia. Kerana bagi aku, tiada beza antara tujuh yang bersinar sukma, melainkan apa yang diperkatakan sebagai satu jenis 'pengasingan'. Klasifikasi. Merah, begini. Kuning, begini. Hijau, begini. Sedang pada asalnya, semua itu adalah dari satu cahaya putih yang direfraksikan kepada pelbagai warna berbeza. 

Aku melihat ia sebagai warna asalnya; putih. Kerana ia adalah sumber awal -- sumber pertama, tanpa ada beza klasifikasi antara warna berbeza. Dan aku mahu sahaja pergi ke semua orang, dan berbisik; "Pelangi itu hanyalah satu warna yang tidak ada bezanya."

Pada konsepnya, manusia itu sendiri adalah pelangi satu warna. Sebelum ada yang membiaskannya kepada tiap satu yang berbeza.

***

29 Apr 2015

KARKAS #152: KULTUS PEROKOK TEGAR

Sedari tadi, aku hanya mampu merenung dalam puntung rokok terakhir yang aku janjikan pada diri sendiri beberapa hari lepas. Rokok terakhir daripada kotak terakhir yang aku beli dengan duit terakhir daripada gaji terakhir daripada kerja terakhir aku. Banyak betul terakhir, kan? Tapi nak buat macam mana. Memang yang terakhir.

Sejak aku berhenti daripada kultus itu, aku sudah tak punya sumber untuk sepuntung rokok. Kalau dulu, aku tak pernah ada masalah kesempitan rokok. Di dalam kultus itu, rokok adalah dewa. Rokok itu umpama tuhan kepada setiap ahli. Cakap sahaja rokok apa yang dimahukan, semuanya ada. Dunhill, Winston, Camel. Namakan sahaja. Ada sahaja stok di belakang bar yang dipenuhi pelbagai jenis rokok dan sigar.

Tapi, itulah. Kultus. Mereka mendewakan tiap-tiap puntung yang telah habis dihisap. Diletakkan di dalam balang kaca yang dihias indah, dikumpul hingga penuh ke bibirnya. Setelah penuh, di tanam seperti mayat-jenazah manusia juga, dengan upacara-upacara sendiri. Peh. Seram pun ada juga. Kadangkala aku terfikir. Bagaimana aku boleh terjebak dengan kultus sebegitu.

Tapi, ada juga buruknya aku keluar kultus tersebut. Sekarang, nak mencari rokok sama susahnya dengan mencari teman wanita. Pergi ke kedai, alasan sama diberikan oleh tuan kedai.

"Stok tak ada."
"Harga dah naik."
"Rokok hidup adalah. Nak?"

Haih. Tapi tu lah. Aku tak boleh terus menerus berada di dalam kultus tersebut. Aku bukan sealiran agama 'Rokokiyah' seperti mereka. Simpang 44 malaikat! Mereka-mereka adalah penyembah rokok, dan aku masih waras. Maaf!

Namun, sekali kau menyertai Kultus Perokok Tegar, kau tak boleh keluar. Sekarang, aku terpaksa menyembunyikan diri. Melarikan diri daripada pemburu-pemburu yang telah menghalalkan darah aku untuk dibuat sebagai bahan sembahan Tuhan mereka.

Shh! Aku terdengar sesuatu! Aku kena pergi dahulu. 

Ingat pesan aku. Kalau ada yang datang mengetuk pintu, jangan sesekali dibuka. Bahaya!

Salam malam, orang yang tidak aku kenali.

***

23 Apr 2015

KARKAS #140: GAGAL

Sunyi. Bunyi kipas berpusing mampu aku dengar dengan peka. Kertas di hadapan muka lencun dek peluh yang berjurai.

Aku hairan, ke mana perginya semua yang aku rancangkan sedari aku memulakan langkah mengejar perkara ini, yang secara harfiahnya tidak aku yakin akan berjaya.

Jarum saat bagai kilat bergerak walhal ia bergerak dalam detik perlahan dan suara garau bagai Azazil mula berkata, "Masa menjawab tinggal 30 minit sahaja lagi."


Aku semakin kaget, bilamana peluh dingin mula memercik di dahi, sambil benak mula ligat memikirkan jawapan kepada soalan-soalan yang tidak punya signifikasi kepada aku yang ketika itu buntu.

Belakang pensel aku gigit kuat, sesekali ada juga aku jelingkan anak mata pada meja sebelah yang khusyuk menulis semacam sebentar lagi akan kiamat.

Aku hairan, apa bezanya aku dan mereka? Hinggakan aku tenang seperti ozon sebelum ribut; diam, tetapi pada masa yang sama bakal membawa kemusnahan besar-- kepada diri sendiri.

Ah! Aku makin gabra dan dengan fikiran yang bercelaru, aku tamatkan menjawab dengan ayat biasanya anak darjah dua sahaja yang melakukannya, sedang aku di tingkatan lima, "Assalamualaikum cikgu, saya anak yatim cikgu, tolong saya ya, Allah sendiri mengarahkan hamba-Nya menolong satu sama lain."


***

14 Mar 2015

KARKAS #98: SESAT

"Ohoi Milah!"
"Apanya Markonah?"
"Kau taknak pi ka dataran malam ni?"
"Ada apa pulak lagi kat sana?"
"Tu ha. Ada ceramah katanya."
"Sapa yang bagi?"
"Tu lah. Ustazah berniqab tu. Sapa nama dia entah."
"Oh takpelah. Aku nak jaga anak kecik aku malam ni. Ayahnya tak ada."
"Takpelah gitu."

Milah hanya tersenyum simpul melihat Markonah berlalu pergi. Sebaik sahaja dia hilang dari pandangan, Milah mencapai niqab yang tersorok rapi di belakang gerobok biliknya.


"Jadi harini aku nak sesatkan apa pulak agaknya?"

***

KARKAS #96: NYAWA

Sekeping nota ringkas bertulis MATI. Aku tampal di cermin gerobok aku. Agar aku sentiasa ingat MATI. Kerana MATI punya signifikasi sendiri. Signifikasi aku dan kau. Juga mereka. Juga dia. Yang aku simpan-semat dalam hati, tiap-tiap hari.

MATI.

Mungkin hari ini. Mungkin juga sebentar lagi.


Sabarlah menanti MATI. Kerana ia sudah pasti.

***

KARKAS #95: THE GOVERNMENT OF DOGS

I am never a fighter.
I always succumbed to the smallest obstacles.
I always ran into hiding when problems came.
I am weak.

The same thing that was written on the back of my head, the very ones that never fail to stay. No matter how hard I tried, no matter where I was. Being in the middle of a community that stayed the way it was since the World War II didn’t help, not even a bit. I crawled into the many bunkers that were left during the Emergency, every time I heard the Gang coming.

Oh. Don’t let me start on the Gang. The stupid bulky sons of a bitch group, which always came to me during the first week of the month, because they know that is when my parents give me my monthly allowance. They only had to come and wrestle the money from me, and sometimes they even took my lunch. But usually it’s just the money they wanted. My mom doesn’t know how to cook, they say. What they didn’t know is that my mom intentionally prepares bad food during the first week, so that at least my lunch would be safe.

Why didn’t my parents act, if they know my predicament, you ask? Well, if your son is bullied by the son of the Mayor that happily cut down wages, shooing away people from their homes when they say other than what he himself said, and even did more terrible things than that, I don’t think that you can do anything. And why haven’t we reported to the government yet, you ask?

Because we have none.

Or I think we used to. But now the government is just a dog’s den, where dogs were trained to lick each other’s back, and bark at the ones that tried to have a say. Anyway, the topmost part? The government told us that, every day. They never give it to us directly, but from the way they run the country, it seems so. Sending us subtle messages through the news, herding us like goats.

Well, they are dogs, aren’t they? Herd dogs, to be precise. Telling us what to do, making changes without us even knowing. What else? We are puppets, and they are the mannequins. Pulling the strings here and there, making us follow the flow that was never there in the first place, just creating things out of nowhere.

Back to the Gang. As they are secured by the Mayor himself, they can do anything that they want. It’s as if they own the place. The Mayor always turns a blind eye, and all the reports went into the dustbin. People that made complaints were either arrested or kicked out. Some of them mysteriously disappear.


By the time you read this, I’m probably not around anymore, anyway. Keep your eyes open, and look where the dogs are looking.

***

KARKAS #94: ANGIN

Pernah duduk diam di balik bangunan tinggi di kantor-kantor sibuk, di balik bangunan pencakar langit yang tidak punya signifikasi kepada kita-kita yang hanya ibarat debu berterbangan ditiup angin liar yang bertiup kencang? Bila mana tibanya momen-momen yang membuatkan kau berfikir tentang kisah-kisah yang dibawa oleh deru perlahan bayu waktu senja, atau cerita-cerita yang dibisik halus oleh angin laut yang membawa bau garam yang mengintoksikasi?

Aku selesa untuk duduk diam apabila minda aku terlampau berat untuk diasing-sisihkan perkara yang perlu aku jadikan sebagai prioriti dan sebaliknya. Dan masa-masa sebegini, apresiasi aku jatuh semuanya pada sang angin. Pada semua yang bertumpang harap padanya untuk bergerak. Burung-burung yang berterbangan bebas, debunga yang mencari ruang untuk bercambah; perkara-perkara sebegitu.

Kerana, kadangkala perkara yang bermain dalam minda aku pabila aku perlu berhadapan dengan karenah manusia yang mencengkam, adalah manusia itu tak ubah seperti angin. Ada masanya berubah haluan mengikut apa yang telah Tuhan tetapkan. Ada kalanya setenang-tenang ciptaan, dan ada masanya penghancur segala.


Dan ingatlah, kerana aku juga tergolong dalam golongan sebegitu. Aku juga seperti sang angin yang boleh berubah haluan bila-bila masa sahaja. Dan suka untuk aku khabarkan, jangan dicabar tenangnya angin, kerna angin yang tenang itu juga boleh menjadi seliarnya.

***

11 Mar 2015

KARKAS #73: PHONE SEX

"Urghh! Awak! Saya nak terpancut dah ni!"
"Takpe! Come on awak!"
"Urghhhh!"
"Hantar gambar boleh?"

ElJoe menunggu pesanan mms dari Margolas.

'Ding!'

ElJoe menyumpah seranah. Tertera di skrin telefon bimbitnya gambar mayonis tumpah, dengan caption:

"Astaghfirullah. Bertaubatlah."

***

KARKAS #68: CIKGU TUA DI HUJUNG KAMPUNG

"Amin, dah siap nak pergi mana tu?"
"Nak pergi kelas mengaji, ummi."
"Eh, sejak bila kamu pergi kelas mengaji? Dengan siapa?"
"Minggu lepas ummi. Dengan cikgu tua di hujung kampung."

Kalsom tergamam. Teringat Akhi Sulaiman, cikgu mengajinya dahulu, yang duduk di hujung kampung. 50 tahun lepas, semasa Akhi berumur 90 tahun.

***

KARKAS #58: PELANGI

Acap kali, bila hujan datang membasahi bumi, dan bila mana mentari mula menjenguk muka di balik awan, mata aku tertancap ke langit, menanti segaris warna yang menjadi bahan omokan warga tua-tua.

"Jangan dituding jari ke pelangi. Nanti jari kau kudung, nenek tak nak tolong."

Aku tertanya juga, mengapa sang pelangi indah menjadi mangsa omokan begitu. Apa salahnya segaris tujuh warna yang muncul selepas hujan itu, hinggakan menjadi sebegitu rupa.

Lalu aku terbayang sesuatu. Tentang cerita di balik pelangi, yang kian menjadi cerita-cerita seram buat anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Jangan dikejar sesuatu yang tidak pasti, yang sudah tentunya akan hilang tanpa amaran dan pengganti

***

KARKAS #31: LEGO

"Apa benda yang paling sakit kau pernah lalui?"
"Entah. Kau?"
"Kau tau tak seksa dia bila kau jalan dengan yakin, lepastu kau terpijak bongkah Lego yang besar bagak?"
"Uish. Neraka dunia."
"Tau pun."

Aku tersenyum membaca seloka murahan sebegitu yang terdapat di dalam laman laman 'troll' seperti 9gag, Reddit dan lain-lain. Dan pada dahulunya, tiap-tiap kali aku baca lawak-lawak seperti itu, perkara pertama yang melintas-lalu dalam fikiran aku hanya satu. Sampai bila lawak murahan begitu akan berlegar di ruangan maya, dan membuat orang-orang yang membaca mendapat jolokan #MudahTerhibur? Entahlah.

Dulu, aku biarkan sahaja. Entah. Malas nak ambil kisah mungkin. Tetapi kini, bila mana pemikiran aku sudah mula terselak birai yang menutup sedikit demi sedikit, aku kian melihat signifikasi tentang apa yang mereka-mereka kaitkan tentang bongkah Lego tersebut. Tentang bagaimana sesuatu yang sekecil bongkah itu boleh menghentak-henyak segala saraf yang ada dalam tubuh, dan bagaimana objek sekecil itu boleh membawa sakit pada seluruh sistem secara keseluruhan.

Lalu, aku terfikir tentang perkara-perkara kecil dalam hidup, yang sering aku tolak ketepi kerana bagi aku tiada signifikasi. Tiada kepentingan untuk aku jadikan sebagai prioriti. Dan sekarang aku tau, betapa salah keputusan aku. Kerna sekecil zarah manapun sesuatu yang datang menjengah, tetap punya kepentingan yang bakal merubah arah. Seperti sekecil bongkah Lego, yang bisa membuat satu badan amarah.

***

Margolas: Ben Syamil

KARKAS #31: BERBOLAK-BALIK

Aku beri kau beberapa momen untuk duduk diam di bawah pohon rendang di tepi bendang, untuk melihat ke atas, membina bentuk-bentuk di atas awan. Sambil menguis lembut rerumput yang cuba hidup sebalik bayang rendang pohon yang merimbun. Bila mana tiba masa nanti, saat cahaya mentari tidak lagi menjengah ke bawah dikatup bayang, makanya dengan izin Dia, rumput itu hilang untuk memberi manfaat semula kepada sang pohon, dan secara tidak langsungnya kepada kau yang duduk dipayung dari cahaya terik.

Kemudian, kau tersentak 'aduh', pabila tanpa amaran, kaki kau diketip gerombolan semut yang menghurung. Ya, kau marah. Kau bengang kerana kesakitan. Kau kuis ke tepi gerombolan semut itu agar pergi, namun tanpa kau sedari mereka mula menghurung tangan pula. Dalam hati, aduh celakanya. Seekor yang dibunuh, seribu yang datang. Kembali seperti askar-askar yang membalas dendam atas kematian komrad.

Dan tup, Tuhan datangkan ilham kepada kau, tentang konsep berbolak-balik, bila mana tiap-tiap yang berlaku itu punya hikmah dan penyebab yang seringkali dilepas-pandang tanpa ada konsiderasi kedua. Kau fikirkan tentang semut yang menghurung, dan rumput mati sebentar tadi. Tentang apa yang diperkatakan sebagai ambil dan beri. Kau ambil sedikit, kau beri sedikit.

Begitu.

***

Margolas: Ben Syamil

KARKAS #21: SELIPAR BURUK

Entah kenapa, mata aku tertancap pada kaki sang pengemis yang menguis tong sampah, mencari makan sesuap dua. Kaki yang hanya beralaskan selipar buruk Jepun buruk berlubang-koyak. Tiap kali tuan kaki itu melangkah, tiap kali itulah aku mendengar lecah-lecah, yang aku pasti kerana tapak selipar yang telah haus ditelan masa. Lima enam langkah, dan sang pengemis perlu menunduk memperbetul tali rafia longgar, menanti tetas dan putus.

Tetapi, aku lihat sang pengemis itu gembira sebegitu. Bersiulan riang sambil membaiki selipar buruk itu, yang aku yakin telah bersama dengannya sekurang-kurangnya suku hayat.

Dan aku terfikir. Dalam tempoh sebegitu rupa, berapa banyak kerenah dunia yang selipar buruk itu telah saksikan. Ke mana langkahnya sang pengemis, ke situlah sang selipar menjengah.

Aku lihat diri sendiri. Dan aku termangu kembali.


***

Margolas: Ben Syamil

KARKAS #20: LANGKAH

Kadangkala, aku lebih selesa duduk sahaja di tepi jalanan, melihat gerak-geri homosapiens yang tidak aku kenali, mencari dunia, meski mereka-mereka kesemuanya tahu di bawah minda separa sedar, bahawa dunia hanya tempat singgah-singgah untuk mencari bekal. Namun, mereka tetap bertolak-siku mahu ke depan, mencari sesuatu yang sementara.

Bilamana itu berlaku, aku hanya akan tersenyum. Mengapa? Kerana aku seperti sedang melihat cermin. Bukan. Seperti sedang melihat tayangan semula zaman aku setahun jagung dahulu. Zaman aku mula-mula mengenal dunia, zaman aku sedang belajar bertatih-rangkak.

Jadi, momen aku duduk melihat itu, aku membayangkan seperti aku sedang melihat layar yang menayang tiap-tiap yang aku lakukan dulu. Dan aku belajar mengasimilasi. Aku belajar dari apa yang aku lihat, dan mengorak kaki ke depan, langkah demi langkah.

***

Margolas: Ben Syamil

KARKAS #15: PENA

"Kita hanya kisah-kisah yang tidak kesampaian. Bilamana bila sang pencerita mahu menulis sebuah cerita tentang kita, dan dakwat penanya habis di tengah jalan."

Sebuah kisah separa cliche yang aku seringkali baca, dan ketawa sendiri melihat betapa bodohnya fobia putus cinta.

Hingga suatu masa, cerita itu berlaku antara kita.



***

Margolas: Ben Syamil