Showing posts with label Markona Maxilus. Show all posts
Showing posts with label Markona Maxilus. Show all posts

7 Nov 2015

KARKAS #207: CLEOPATRA

Mentol kuning itu memancarkan cahaya syurga. Titis-titis peluh pada wajahnya bagai manik-manik emas.  Rambutnya yang berombak, celaknya yang pekat, gincunya yang meranum merah bermain-main di celah kakiku- Aaahhhhh! Dia hebat, milikku, Cleopatra!

Aku memanggilnya Cleopatra kerana dia membuatku rasa seperti raja. Sentiasa akur menurut perintah.

Kelazatan jiwaku terganggu bila melodi lagu yang tidak aku kenali tiba-tiba menerjah gegendang. Cleopatra terhenti. Dia cepat-cepat menjawab panggilan dari telefon, meninggalkan aku yang hampir...tapi tidak kesampaian.

Tiba-tiba, katanya, "Sori! Aku ada emergency. Esok sambung."

"Tapi aku dah bayar untuk full servis!"

"Esok jelah!"

"Bagi duit aku balik, celaka!"

Imej-imej pelayaran berombak rakus yang memacu adrenalin kini hanya tinggal kapal yang karam di dasar lautan.

Cleopatra mengenakan kembali coli dan seluar dalam berendanya lalu bercekak pinggang.

"Esok." Tegas. 

Api merebak dalam hati. Kebakaran. Aku merempit meredah hujan dari Shah Alam selepas waktu kerja ke Kuala Lumpur semata-mata untuk bertemu dengannya. Membayar mahar yang bukan calang tetapi kini ditinggalkan! Ditinggalkan!

Aku berdiri lalu memegang bahu Cleopatra. Genggamanku menguat.

"Apa pegang-pegang ni?", dia meronta.

"Habiskan!"

"Tak boleh, aku ada hal! Hal penting!"

"Aku dah bayar. Aku lebih penting! Kau kena habiskan!"

Aku tidak peduli. Aku perlukan penamat kepada perjalananku. 

Kusut di kepalaku semakin berpintal-pintal. Celaka. Celaka. Celaka. 

"Lepaskan akkk...." Mulutnya kutekup. Cleopatra meronta-ronta. 

Aku tidak peduli. Aku perlukan penamat kepada perjalananku! 

Dia terjatuh ke lantai dan aku naik ke atas badannya lalu menghimpit kuat. Cleopatra tidak dapat berganjak. Jejariku merentap seluar dalamnya sehingga koyak...aku mencari posisi...aku sudah bersedia...dan.... 

"Aaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh...aaaaaahhhhhhhhhhh....."

Mindaku terpecut melayang. Bintang. Ya, bintang-bintang berkelipan di belakang mata meraikan intensiti rasa.

"Babi!!! Kau ingat tempat ni bapak kau punya!", suara seorang lelaki menengking sebelum tumbukannya menyapa mukaku, menambah bilangan bintang-bintang itu.

"Jangan berani cari ayam sini lagi!" Ayat terakhir itu menjadi penutup sebelum satu tendangan tepat hinggap ke celah kelangkangku diikuti dengan benda keras ke badan, mungkin besi.

"Aduh, peritnya pundi kencing aku..." Itu sahaja perkara terakhir yang mampu kuingat sebelum tersedar di wad kecemasan Hospital Besar setelah ditemui berlumuran darah tidak sedarkan diri di kawasan pelacuran Jalan Alor.  

"Maafkan Nur ayah, Nur kerja nak bayar hutang ayah tu, Nur lambat." Suara perempuan terisak-isak dari katil di sebelah kanan.

Celak dan gincu bibirnya comot, menghodohkan wajah. Tapi aku masih kenalinya. Aku antara pelanggan setia.  Cleopatra sedang menangis di sisi satu jasad yang sudah diselubung selimut.

"Kesian, tak sempat jumpa bapak dia. Macam encik juga, kes pukul. Tapi bapak dia kena pukul dengan along." Jururawat yang sedang menambah air saline ke kantung IVku menawar cerita yang tak tertanya.

***

23 Apr 2015

KARKAS #142: PUTERI KEJORA

Muncullah puteri berkepak yang hanya akan keluar pada malam bulan mengambang.

Saat itu aku mengerti, endapan aku padanya haruslah dijelmakan menjadi aktiviti intaian malam yang berterusan.

Malam ini aku sudah tidak boleh bertahan lagi. Kami harus bersapa. Aku tahu dia sedar akan kehadiran ku.


Hingga suatu hari, tepatnya di hari yang ketiga puluh dua aku menyorok-intai, tibalah masa aku menyapanya—menyembunyikan sisik-sisik di lenganku dengan berbaju lengan panjang.

Sebaik aku dengar ranting patah, petanda jasad ditunggu sudah tiba aku segera keluar dari persembunyianku dan kudapati dia....tiada. Ada bunyi debur air dan ketawa kecil. "Kau lewat", katanya.

Aku keliru. Suara siapa yang membisik. Ah! Persetankan penyamaran! Aku melompat dan terjun ke dalam tasik, sisikku membelah air, menyusup di bawah riak menghampirinya yang sedang didakap erat jasad tidak bermuka.


Si jasad menoleh, menampakkan wajahnya yang kosong--putih, serentak itu juga kakiku ditarik lebih maju ke dalam air.

🙈
Tiba masanya aku menyelamatkan puteri berkepak terus menuju ke bintang Kejora. Keharmonian bahagia kami tidak kesampaian ke penghujungnya setelah mendapati di bintang Kejora, tiada sekelumit air pun, lalu...


Aku terbang semula ke bumi, memandikan sisik-sisikku untuk ia kekal bernafas. 

***

KARKAS #141: MANGSA PEMANGSA


Kilat semakin galak menyambar kaki langit. Hujan menempur singgah menyengit di atas bumbung hentian bas, tempat aku berteduh. Gadis berbaju kurung putih di hujung sana menggigil kesejukan. Hanya kami berdua berteduh di sini.


"Mahu cikedis?"  Aku meramahkan diri menegur gadis itu sambil menghulurkan bungkusan makanan ringan yang kebetulan kubawa dalam beg sandang.



"Maaf, saya tak makan cikedis." Jawapan dia lembut tapi matanya merenung aku seperi harimau lapar.



"Eleh. Sombong. Tak nak sudah. Blahlah. Mentang-mentang cun. Perasan." Aku baru patah hati dan aku sudah tidak meyakini perempuan lagi.



Aku merenung jauh ke dalam hujan, rintik-rintik air itu semakin galak menimpa bumi. Sesekali kukalihkan pandangan pada jam di tangan, masih terlalu awal.Tiba-tiba aku terasa ada sapaan lembut di bahuku. Sejuk ke tulang sum-sum. Aku berpaling. Kata si gadis berbaju kurung putih di belakangku, "Saya tak nak makan cikedis tapi saya nak makan awak!"



"La, kenapa tak cakap awal-awal." Aku yang mulanya terkejut perlahan-lahan mengukir senyuman; menampakkan taring.



Hujan pula, semakin lebat.

***

24 Mar 2015

KARKAS #124: LAILA

Laila murid perempuan tahun enam tercantik di Sekolah Kebangsaan Chubadak. Rambut Laila kerinting kenyal. Melantun-lantun di bahunya bila dia berlari. Jika dipanah suria ia bersinar keperangan. Mustafa suka intai Laila ketika pendidikan jasmani dari balik pokok ara tepi padang. Mustafa kasmaran inginkan Laila menjadi kekasihnya.

Pada satu pagi yang bersejarah Mustafa menunggu Laila di bawah pokok ara. Dia sudah merasuah seorang pengawas dengan separuh duit tabungnya untuk memanggil Laila ke situ.  "Apahal??" Laila bertanya bila dia tiba sambil mulutnya mengunyah keropok lekor. Matanya yang sedikit sepet memandang sipi sahaja kepada Mustafa. Bagi Mustafa itulah mata paling cantik pernah dia lihat.

"Ini hati saya." Mustafa menyerahkan satu bungkusan kain putih yang masih berdarah. Hatinya berdebar-debar hingga tapak tangannya menggeletar. "Sudi tak awak..."

"Tak hingin!" Laila rakus merampas bungkusan putih itu dan mengeluarkan hati Mustafa yang berdebar-debar itu. Tanpa teragak-agak dia memasukkan hati Mustafa ke mulutnya dan mengunyahnya bersungguh-sungguh dan menelannya sebelum berpusing dan meninggalkan Mustafa.

"Perempuan cantik memang kejam. Sebab itu saya dah tiada hati lagi."

Mustafa bangun dan meninggalkan Jasmin di hujung kantin. Jasmin mengutip kembali hatinya yang jatuh ditolak lelaki tiada hati.


***

11 Mar 2015

KARKAS #78: SUARA

'Lepaskan aku,  lepaskan aku!' Suara itu menjerit penuh perasaan. Tetapi tiada orang yang berada di sekitar belukar itu. Munir menzip seluar usai menyempurnakan hajat kecil. 'Tolonglah jangan biar aku terkurung camni,' suara itu menyambung. Ini mesti ada jin atau anak jembalang, fikir Munir. Terkocoh kacah Munir lari dari belukar kembali ke kereta. Peluh sejuk mula membasahi dahi. 'Apa gelabah ni? Bergegarlah gila!.' Suara itu lagi. Mata Munir terbeliak. Kali ini dia berjaya kenal pasti puncanya. Munir melihat ke bawah. Suara itu datang dari dalam seluarnya sendiri! Perlahan-lahan Munir membuka zip seluar dan menyelak spender. 'Hah! Akhirnya faham pun kau! Adik dah stres tersepit dalam ni bang oi! So what's for breakfast?'

Munir macam lipas kudung berlari tak keruan tapi suara dari kepala yang terjuntai di antara pehanya masih tidak juga reda malah semakin kuat menjerit! 'Berhenti! Berhenti! Berhenti...!!'. Munir terus berlari ketakutan.

Samsul yang baru tiba memerhati Munir yang berpeluh-peluh sambil makan kuih donut yang baru dibeli untuk sarapan. 'Lama dah ke camtu?'. Amir mengeluh dan mencapai botol air mineral di sebelah lalu menyimbah isinya pada muka Munir. Munir terkejut dan tersedar lalu menjerit....'Berhenti!!!!'  Bengang betul Amir dengan rakan sebiliknya yang kuat mengigau tu.'Tulah, berapa kali aku cakap jangan kencing merata, degillll!!'

***

KARKAS #69: NOMBOR

Gerimis masih belum reda. Skrin telefon memaparkan nombor yang sama. Nombor yang telah terhafal di hati.

Sekali lagi.

'Nombor yang anda dail sudah ditamatkan perkhidmatannya'

Hujan menyamarkan titis yang berderai. Satu nombor dipadam dari senarai.

***

KARKAS #52: DARAH

Air di tab mandi beransur merah,  kesakitan yang terbuku mengalir lega. Dia terbang meringan setiap kali mata pisau menghiris permukaan kulit hingga ke isi. 'Kau selalu kata aku gila kerana mencederakan diri sendiri? Memang aku gila.' Dia membersihkan tangan dan pisau berdarah di sinki, meludah mayat penuh kelar di tab mandi sebelum berlalu pergi. Sementara tunggu kedai mekanik buka.

***


KARKAS #32: PINTU 57

Suhaimi bingkas bangun dari tidur. Dia pening. Pada setiap igauannya nombor itu akan menjelma pada satu pintu. '57.' Pintu 57 akan membawanya ke alam di mana harapan adalah 57 ekor unta yang berjalan tersengguk-sengguk dalam satu garis tak berapa lurus dan keyakinan adalah seorang makcik 57 tahun yang gemar terkinja-kinja menari Zumba dengan X-Box 360 yang dipinjam dari jiran sebelah. Tersengguk dan terkinja adalah kontradiksi tapi Suhaimi yakin maksudnya sama kerana lepas buat dua-dua perkara itu, paling best ialah buat perkara yang sama iaitu membuta di bawah kipas yang berputar laju dengan memakai baju pagoda dan kain pelekat sahaja.

Kerana itu bila dia penat berlari mengejar pintu nombor 57, Suhaimi akan berhenti macam dalam perlawanan lumba lari kura-kura dan arnab untuk membuta. Suhaimi tentu sahaja tidak mengaku dirinya arnab kerana dia memang tahu nafsu seksnya lemah sejak terkejut ibunya masuk bilik ketika dia sedang bermasturbasi pada umur 23 tahun jadi tak mungkin dia boleh melompat macam arnab yang ghairah sepanjang masa. Tapi dia juga tidak mahu mengaku dia kura-kura kerana dia sentiasa pakai haruman tanpa alkohol yang dijual oleh artis nasyid yang dah lama takda show, sebab itu ketiaknya langsung tak berbau hamis macam kura-kura. 'Habis kau jadi apa lah baghal?' Tanya Ahmad Bakthiar yang baring di sebelahnya sambil mengorek telinga dengan pengorek telinga besi (kerana pakai cotton bud hanya akan menolak tahi semakin ke dalam, kata cikgu sekolah rendah). Dia tak suka betul bila Suhaimi guna bahasa diri ketiga.

'Aku jadi pokoklah, tempat arnab tidur!' kata Suhaimi.

Ahmad Bakhtiar tak faham sepatah haram apa yang Suhaimi cerita. 'Kalau kau jadi pokok habis apa kena mengena pintu 57 dengan arnab dan kura-kura?' Ahmad Bakhtiar mula nak naik angin. Suhaimi selalu cerita benda tah hapa hapa.

'Entah aku pun tak tau. Kau suka tak makan maggi kari?' tanya Suhaimi sambil memejam mata dan membayangkan kekenyalan mi maggi panas dalam kuah kari, sedapnya imaginasi itu sampai jari-jarinya yang kotor asyik menarik-narik rambut pintal dreadnya yang kusut selepas 3 tahun tak mandi dan tinggal bawah jambatan. Sesekali dia menggaru-garu badannya yang hanya memakai baju pagoda lusuh dan spenda. (sebab Ahmad Bakhtiar pinjam kain pelekat untuk memukat ikan petang tadi)

Sampai malam ikan belum tersangkut di kain pelekat. Sampai sekarang Suhaimi masih lupa jalan pulang ke rumahnya yang pintunya bernombor 57.

***

Margolas: Markonah Maximus