4 Apr 2018
KARKAS #249 : KAU DAN BINTANG
19 Nov 2015
KARKAS #221: SECANGKIR KOPI SUAM
Aku merenung lama cawan biru di hadapanku. Suasana hingar di dalam ruang kafe yang hanya memuatkan sebilangan meja dan kerusi tidak aku endahkan. Masih terus merenung cawan yang berasap nipis.
Aku mengalihkan fokus mataku pada kerusi kosong -- bertentangan denganku. Senyuman ditarik melepasi bibir. Entah bagaimana bentuknya -- senget barangkali.
Raut wajah dengan lesung pipit di pipi kiri terbias di ruang mata sebelum bayangan itu hilang apabila bunyi loceng hasil dari pintu kafe yang dibuka menyapa telinga. Jantung terus berdegup laju. Aku cuba menangkap bunyi derap langkah menghala ke arah mejaku. Berharap ada tangan yang akan memeluk erat tubuh dengan kucupan di dahi seperti selalu. Tiada.
Aku menolehkan kepalaku ke arah pintu kafe. Sekumpulan lelaki melangkah masuk, terus ke arah kaunter untuk membuat pesanan. Aku mengeluh hampa. Entah kenapa, aku terlalu berharap, yang melalui pintu itu adalah dia -- si empunya lesung pipit di pipi kiri.
Air mata mula bertakungan di tubir mata. Kata-katanya lewat tiga hari lepas masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Tiada satu pun yang terlupa. Kata maaf atas harapan yang diberikan aku telan dalam kepayahan. Dalam sekelip mata, di hadapan rumahku bertemankan suara ibu memanggil dari dalam, mimpi yang aku anyam direnggut pergi.
Pelayan lelaki di hujung kaunter yang aku kira sudah jemu melihatkan aku ke situ melemparkan senyuman. Entah apa maknanya di sebalik senyuman itu. Melihatkan aku keseorangan tanpa dia, pasti pelayan itu sudah dapat meneka kondisi aku ketika ini. Ketawalah! Aku sudah pun kecundang.
Telefon bimbit di tangan aku renung tanpa rasa. Kata maaf yang tidak putus-putus aku terima melalui aplikasi Whatsapp aku biarkan tidak berbalas. Biarlah. Tiada apa lagi yang perlu dikatakan apatah lagi untuk dimaafkan.
Aku bingkas bangun dari kerusi. Langkah kaki aku atur ke arah pintu.
"Cik." Si pelayan lelaki yang setia berdiri di hujung kaunter memanggil lembut.
Aku menoleh dengan senyuman di bibir. Menutup segala rasa yang mungkin terbias di wajahku.
"Telefon bimbit cik…"
Aku mengerling sekilas ke arah meja di sudut kanan kafe itu. Meja aku dan dia. Meja kenangan.
"Tempatnya memang di situ. Dalam bancuhan kopi yang bukan lagi kegemaranku."
Terus, aku melangkah keluar tanpa menoleh ke belakang. Biar pun untuk sedetik cuma.
7 Nov 2015
KARKAS #214: AMUK
Aku memandang pintu yang tertutup rapat sambil menghisap rokok yang sudah separuh. Kepul-kepul asap aku hembus penuh gaya.
Gadis-gadis yang lalu-lalang di hadapanku sering saja mencuri pandang ke arahku. Mungkin terpesona dengan ketampanan aku. Dengan jaket kulit, kaca mata hitam dan topi ala-ala Bruno Mars sudah tentu aku tampak menarik di mata mereka.
Aku masih lagi menghisap rokok di tangan sebelum puntung rokok aku campak ke tanah. Sesekali aku melirik pintu di hujung sana yang masih tertutup rapat.
Hujung jari membetulkan letak kaca mata hitam. Di sebalik kaca mata hitam itu, aku mula 'meneroka' isi ruang kedai itu. Di sudut hujung sana, ada sekumpulan gadis sedang bergelak ketawa dan aku perasan mereka asyik-asyik mencuri pandang ke arah aku.
Bukan aku nak perasan, tapi itu adalah hakikat. Susah jadi jejaka kacak dan bergaya ni. Aku sengaja melambaikan tanganku ke arah mereka dan aku lihat mereka tergedik-gedik di tempat mereka sambil menyorokkan muka mereka. Malu la tu.
Sekali lagi aku melarikan pandanganku ke arah pintu yang masih tertutup. Hm. Pandanganku beralih pula pada jam di tangan. 30 minit. Lama lagi ke?
Aku menarik nafas dalam-dalam. Tak pernah seumur hidup aku terpaksa menunggu selama ni. TIGA PULUH MINIT! Ingat sekejap ke?
Aku dah mula hilang sabar tapi aku perlu berfikir secara waras. Tak apa. Kita tunggu lagi untuk 5 minit. Dalam keadaan sekarang, aku kena banyak bersabar. Tak boleh terburu-buru.
Aku mengetuk perlahan permukaan meja kayu itu. Aku perhatikan pergerakan jarum jam di tangan. Hm, aku kena sabar. Sebagai lelaki yang bergaya aku perlu tanam sifat sabar.
Cukup 5 minit.
Ah, aku dah tak boleh sabar lagi. Aku bingkas bangun dari kerusi dan laju aku berjalan ke arah pintu yang tertutup. Pedulilah kalau ada yang ketawa atau memandang sinis ke arahku. Aku dah tak boleh sabar ni. Sabar manusia pun ada batasnya.
"WOI! LAMA LAGI KE DEKAT DALAM TU?" Pekikku sambil mengetuk kasar pintu yang tandas yang sudah 35 minit aku berharap akan terbuka.
***
6 Nov 2015
KARKAS #195: POTRET
Berus lukisan di tangan bergerak lembut di atas kanvas putih yang sudah pun bertompok hitam di sudut kanan. Air di dalam cawan plastik yang tadinya jernih sudah bertukar warna. Tangannya masih lagi digerakkan di atas kanvas putih itu melukis sepasang mata yang sedang merenung tajam ke arahnya.
Keluhan kecil terlepas keluar dari celahan bibirnya. Rambut yang kusut-masai disebak ke belakang. Tumpuannya masih lagi pada sepasang mata yang sudah siap dilukis.
"Matamu terus menghantuiku." Bisiknya perlahan sambil tangannya dilarikan di atas kanvas - pada sepasang mata, hasil tangannya.
Mata dipejam kejap. Cuba menghadirkan raut wajah gadis di atas kanvas - sedang tersenyum manis dengan lesung pipit di pipi kanan. Aku akan pulang apabila kau menginginkan aku pulang. Kata-kata terakhirnya masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Kata-kata Dira, gadis kesayangannya.
Sudah hampir tiga tahun sejak pertemuan di hadapan rumah Dira yang diintai oleh kakak dan adiknya dari dalam rumah. Dia tahu, kakak dan adik Dira tidak berkenan akan dirinya. Masakan tidak, baju t-shirt dan jeans lusuh yang menjadi pakaian sehariannya. Pastilah tampak jelak di mata sesiapa pun. Cuma tidak pada pandangan matanya.
"Aku harap kau faham." Tutur Dira perlahan. Dia hanya menundukkan wajahnya. Barangkali tidak mahu melihat reaksi wajahnya dengan keputusan yang dibuat.
"Berapa lama?"
Dira menggelengkan kepalanya. "Aku tidak pasti." Suaranya separa berbisik.
Air mata lelakinya cuba ditahan untuk tidak mengalir. Tak mungkin dia menitiskan air mata di hadapan gadis kesayangannya itu. Dia memaksa dirinya untuk tersenyum. Tenanglah, sayang.
"Aku akan terus menunggu."
"Jangan. Kelak kau terseksa."
"Aku sudah lama rela membiarkannya terseksa. Demi kau." Redup pandangannya menentang sepasang mata bundar milik gadis itu. Ada kesedihan yang terpancar pada bebola matanya.
"Maafkan aku."
"Bukan kehendak kita." Jeda. "Aku harap kau pulang."
"Aku akan pulang apabila kau menginginkan aku pulang."
"Aku tidak pernah menginginkan kau untuk pergi."
Sebaik sahaja kata terakhir itu dia tuturkan, gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkannya di situ, memerhatikan setiap langkahnya yang semakin menjauh sebelum susuk tubuh itu menghilang di balik pintu yang tertutup rapat.
Kenangan itu lenyap saat telinga terdengar derap langkah yang seperti berlari dari arah luar bilik yang menjadi ruang melukis. Pandangannya dibiarkan tertancap pada daun pintu yang tertutup. Bunyi derap langkah tadi sudah tidak kedengaran. Mungkin, bayangan semata. Bisik hatinya.
Tak lama kemudian, kedengaran bunyi daun pintu dikuak perlahan. Kepala ditolehkan ke arah daun pintu yang terbuka luas. Segala kenangan tiga tahun lepas kembali terlayar di kotak fikiran. Pada senyuman itu, lesung pipit di pipi kanan - semuanya.
"Dira?"
Gadis itu mengangguk perlahan. "Bukankah aku pernah kata, aku akan pulang apabila kau menginginkan aku pulang?"
"Dan kau sudah pulang."
"Ya, pulang kepadamu."
*****
Surat yang sudah kekuningan itu dibaca entah untuk kali yang ke berapa. Matanya tertumpu lama pada tulisan berdakwat hitam itu.
Dira sudah tiada.
***
6 Jun 2015
KARKAS #176: LANTAI
28 May 2015
KARKAS #162: ANA
24 Mar 2015
KARKAS #126: LAILA II
14 Mar 2015
KARKAS #109: BAYANG
11 Mar 2015
KARKAS #86: SELAMAT JALAN
KARKAS #77: MIMI Part III
Hampir tersembur ayam goreng dari mulut Danial mendengar kata-kata Mimi. Cepat-cepat dikunyahtelan sisa makanan di dalam mulut, tidak sabar rasanya untuk bertanyakan sebab Mimi membuat keputusan gila mcm tu, sedangkan majlis tinggal dua minggu je lagi.
"Baju pengantin yang kita buat haritu dah tak muat. I dah gemuk, b. Tunggu I kurus balik lah baru kita buat majlis"
Mimi menyambung makannya.
***
Daniel terpinga-pinga, alasan Mimi benar-benar tak munasabah. Bagi Daniel bukan senang untuk perempuan itu kurus tambah pula spesis Mimi yang kuat makan.
"Ok sayang, awak usahalah nak kurus. Bagi b teruskan perkahwinan tu dengan calon lain pastu bila sayang dah kurus kita buat majlis kawin kita pula." Kini giliran Mimi pula tersedak.
***
KARKAS #72: KERANA AYAM
Abul menarik nafas dalam-dalam. Jantung berdegup semakin kencang. Derap langkah kedengaran lebih jelas - menghampiri.
Abul memejamkan matanya. Berharap entah siapa pun yang berjalan itu akan menukar hala tujunya. Sekali lagi dia menyeka peluh di dahi. Baju sudah sedia basah dek air hujan yang sudah mulai reda.
"Abul!"
Abul gigit bibir.
"Kau dah curi ayam aku, kau nak menyorok pulak?!" Jerkah Padil.
***
KARKAS #66: BIDIN
"Takde papelah." Balas Mia monotoni. Perasaan sebal masih lagi menggunung.
"Fasal semalam ke ni?" Bidin menebak sambil menolak cawan kertas berisi jus oren ke arah Mia.
Mia mencebik. Dah tahu lagi tanya! Getus Mia geram. Wajah Bidin langsung tidak dipandang. Sakit hatinya masih bersisa.
"Sorrylah."
"Hmm."
"Mia..."
"Hmm."
Bidin menggaru kepalanya yang tak gatal. Dah habis idea nak memujuk perempuan di hadapannya. Tak pernah-pernah Mia merajuk selama itu.
"Mia..."
"Apa?"
Bidin menghela perlahan. "Yelah, nanti kita pergi stadium tengok bola sesama."
Automatik Mia menarik senyuman segaris.
"Macam tulah."
Bidin senyum nipis. Nasib baiklah aku sayang kau, Mia.
Ah, takde tajuk. Nanti Pok bising.
Bidin
"Kenapa muka masam je tu?" Tegur Bidin yang baru sahaja melabuhkan punggungnya.
"Takde papelah." Balas Mia monotoni. Perasaan sebal masih lagi menggunung.
"Fasal semalam ke ni?" Bidin menebak sambil menolak cawan kertas berisi jus oren ke arah Mia.
Mia mencebik. Dah tahu lagi tanya! Getus Mia geram. Wajah Bidin langsung tidak dipandang. Sakit hatinya masih bersisa.
"Sorrylah."
"Hmm."
"Mia..."
"Hmm."
Bidin menggaru kepalanya yang tak gatal. Dah habis idea nak memujuk perempuan di hadapannya. Tak pernah-pernah Mia merajuk selama itu.
"Mia..."
"Apa?"
Bidin menghela perlahan. "Yelah, nanti kita pergi stadium tengok bola sesama."
Automatik Mia menarik senyuman segaris.
"Macam tulah."
Bidin senyum nipis. Nasib baiklah aku sayang kau, Mia.
***
KARKAS #36: KENANGAN
Tajuk : Kenangan
Aku duduk menopang dagu sambil telinga dijamu dengan lagu-lagu yang bermain dari corong pembesar suara komputer ribaku.
Sesekali aku akan tersenyum apabila fikiranku disapa memori-memori lucu yang pernah aku lalui dahulu dengan 'dia', 'dia' dan beberapa lagi 'dia'.
Cermin mata yang hampir melurut dari pangkal hidung aku tolak dengan jari telunjuk. Aku menghela nafas panjang. Memori-memori dahulu masih lagi segar diingatan yang entah 'dia', 'dia' dan 'dia' masih ingat atau sudah pun lupa selari dengan masa yang semakin jauh meninggalkan.
***
Margolas: Pitachi Pitak
KARKAS #35: MEOW
Langkah kaki aku atur semakin laju. Detak jantung jugak berdegup laju selari dengan langkah kaki. Aku menarik nafas berkali-kali bagi meredakan degupan jantung. Tarik, lepas, tarik, lepas.
Peluh yang merenik di dahi aku seka dengan telapak tangan. Aku picingkan mata cuba melihat objek yang terlindung di sebalik dinding di penjuru gelap yang menjadi hala tuju kaki.
Dalam pada berdebar campur sejuk, aku mula mencangkung. Otak mula merangka plan untuk aku menjayakan misi kecil aku ini. Biarlah kalau ada yang kata aku gila. Ini misi aku! Bukan misi mereka.
Boleh tahan seram jugak misi kali ni. Bisikku di dalam hati. Perut pun dah macam ada rama-rama je kat dalam ni. Sekali lagi peluh di dahi aku seka. Haish...kenapalah aku diberi misi mencabar macam ni?
"Woi!" Sergah satu suara dari arah belakang.
Aku terloncat-loncat macam katak dengan sergahan itu. Aku berpaling ke belakang. Wajah Lisa yang cemberut terlayar di ruang mata. Alamak!
"Apasal lama sangat?"
"Err..."
"Apa errr? Aku suruh tangkap kucing tu je pun yang kau kat sini lagi kenapa?" Herdik Lisa berang. Jelas di wajahnya marah yang meluap-luap.
"Kau tau aku takut kucing. Yang suruh aku kenapa?" Bidas aku tak nak kalah dengan suara meninggi.
"Huh!" Dengus Lisa keras lalu terus berjalan ke arah penjuru gelap di mana kucing berbulu putih kesayangan Lisa sedang berbaring like a boss.
Bodoh punya kucing!
***
Margolas: Pitachi Pitak
KARKAS #33: EX
Dari belakang, aku tau dia sedang merajuk melalui bahasa badannya. Ah, sudah! Aku manalah reti hendak memujuk. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Mampus!
Tiba-tiba Lara menghentikan langkahnya. Dia berpaling ke belakang memandang aku yang tidak lagi berlari anak - berdiri statik pada langkah terakhir.
"Siapa perempuan tadi?"
"Perempuan mana?"
"Yang datang peluk lengan you tadi la!" Bentaknya kasar. Bebola matanya tajam menikam bebola mataku.
"Kawan."
"Kawan ke ex?"
Aaaaaa, ni ke isunya? Aku menarik nafas dalam-dalam lalu aku menghelanya keluar.
"Kawan. You dah kenal semua ex I kan?"
"Boleh jadi you tak bagitahu semua." Bidasnya dengan sinis.
"Boleh jadi you pun bakal jadi ex I kalau perangai macam ni." Aku membalas selamba. Malas nak melayan kerenah Lara. Makin lama makin menyerabutkan kepala.
Tanpa pamit, aku terus berjalan meninggalkan Lara terpinga-pinga di situ. Dia nak kejar, dia kejarlah. Tak nak, aku bakal menjalani hidupku sebagai jejaka single semula. Gitu.
Tak lama kemudian, telingaku menangkap bunyi derap langkah orang berlari di belakang. Hm, mungkin orang lain. Selang lima saat, lenganku dirangkul sedikit kasar dari kanan.
"I tak nak jadi ex you!"
***
Margolas: Pitachi Pitak
KARKAS #28: ADI, RADHI & DOLLAH
"Dah tu? Nak macam mana?" Soal Radhi sambil menggaru-garu kepalanya.
Dolah di atas sofa sedang ralit dengan iPhone yang baru dibelinya semalam hasil titik peluh dia yang mengikat perut selama lima bulan.
"Bak sini." Adi menepis tangan Radhi sebelum menarik bungkusan putih itu rapat ke arahnya.
Radhi hanya membiarkan tindakan Adi tanpa bersuara. Dia malas hendak bertekak dengan Adi memandangkan dia tahu yang Adi akan tetap mahu menang biar pun ternyata dia salah.
"Kau kena bahagi macam ni." Adi mula mengagih-agihkan isi di dalam bungkusan putih itu. "Nampak tak?" Soal Adi sambil memandang wajah Radhi.
Radhi hanya mengangguk. Malas nak cakap lebih-lebih biar pun dia tidak bersetuju dengan cara Adi mengagihkan isi di dalam bungkusan putih itu.
Dolah melirik sekilas ke arah dua orang kawannya. "Woi, tak habis lagi ke?" Dia yang berbaring di atas sofa sudah pun beralih tempat bersebelahan Adi.
"Sabarlah kejap."
"Cepatlah! Aku lapar. Nak agihkan ayam KFC tu pun berjam ke?" Dolah meninggikan suaranya. Berang.
"Sabarlah!"
***
Margolas: Pitachi Pitak
KARKAS #19: DIDI
Aku menyandarkan tubuh ke belakang. Rambut yang panjang melepasi bahu aku sanggul tinggi. Sebuah keluhan aku lepaskan. Sekali lagi aku memandang wajah dia di sebelahku.
Dia yang mungkin tidak selesa diperhatikan begitu, perlahan-lahan membuka matanya. Sepasang mata coklatnya memandang aku sebelum tangan kanannya menyentuh lembut pipiku.
"Pukul berapa ni, sayang?"
"Pukul dua pagi." Balasku dengan senyuman di bibir. Aku menyentuh lembut tangannya yang masih memegang pipiku.
"Nightmares?"
Aku menggelengkan kepala. "Bukan." Aku bersuara perlahan. Bukan mimpi ngeri yang mengejutkan aku dari lena.
"Then?"
"Nothing. Cuma nak tengok muka abang."
Dia mengulum senyuman dalam keadaan mamai. Tangannya sudah pun beralih dari pipi ke tangan tangan kiriku.
"I love you."
"I know."
"Dah, tidur. Esok kita pergi ziarah kubur Didi."
"Okey."
Usai, dia kembali melelapkan matanya dengan tangan kanan menggenggam erat tangan kiriku. Aku tersenyum senang.
Aku merenung siling bilik tidur. Didi, esok mama dengan papa datang melawat ya, sayang?
***
Margolas: Pitachi Pitak
KARKAS #9: DORAEMON
Ketukan pada muka pintu menyentakkan aku yang sedang memikirkan keadaan 'dia'. Aku tidak terus bangun untuk membuka pintu sebaliknya aku duduk bersila di atas katil sambil menongkat dagu.
"Woi, bukaklah pintu!" Pekik suara di sebalik muka pintu yang terkatup.
Aku tidak membalas. Sekadar merenung kosong muka pintu bilikku.
"Umar! Bukaklah pintu. Kau nak mereput dalan bilik ke?" Suara di sebalik muka pintu semakin meninggi. Barangkali berang apabila panggilannya tidak disahut.
"Apasal?"
"Doraemon dah start."
Aku mendengus. "Yelah. Kejap." Balasku dengan nada malas sebelum aku turun dari katil menuju ke arah pintu.
***
Margolas: Pitachi Pitak
KARKAS #8: PERPISAHAN
"Okey." Liya bersuara lemah. Ada air mata yang bertakung di tubir matanya. Menahan air mata dari tumpah barangkali.
Razali menghela nafas panjang. Dada terasa sesak. Bukan niatnya untuk memperlakukan Liya seperti itu. Tidak pernah sekali pun terlintas di hati untuk memutuskan hubungan mereka tapi...
"Awak, dah ada yang lain?" Liya bertanya dengan senyuman tawar. Ada sedikit nada serak di hujung ayatnya.
Razali menggelengkan kepalanya.
"Bukan."
"Jadi, kenapa?"
"Saya rasa saya dah patut terima hakikat yang saya perempuan." Balasnya perlahan.
***
Margolas: Pitachi Pitak