Lebih dari 20 orang berkumpul satu meja. Pok dan kaklong sebagai incas mula berucap sepatah dua. Cafe bergema dengan tepukan para hadirin. Kugiran fauzan mula meriahkan suasana. Lagu apa ntah aku tak tahu tajuk apa tapi lirik dia berbunyi
"Im searching for perfect song,hope u can sing along." *aku pakai hentam je. Sory fauzan kalau salah. Kahkahkah
Suasana semakin hangat. Makanan pun sedap. Yang dari pahang datang,dri johor pun ada. Bob yang dari serawak sanggup turun. Abul terus tido selepas makan keletihan kerna baru pulang dari kerja. Jasad tersengih menahan kelaparan sebab lambat datang. Ada yang riuh,ada yang tiba-tiba jadi pendiam pun ada. Padahal dalam group wasep dia lah riuh sekali. Meriah betul. Aku senyum sendiri. Macam ni laa rupanya Gatehring Geng Buku. Patutlah Pok beria ajak jumpa.
Subuh gajah aku pagi tu. Sedap dibuai mimpi.
***
Margolas: Padil Rocha
No comments:
Post a Comment