11 Mar 2015

KARKAS #63: MUNGKIN ANAK AKU

Dihujung kampung nun jauh disana ada satu tempat mandi mandi yang bertaraf lima bintang bagi budak sekolah, tak kiralah sekolah kebangsaan mahupun sekolah jenis kebangsaan, parit.

Kelihatan pada pagi Ahad tu ada dua orang budak sedang menenggek di atas pokok kelapa yang tumbang dek kerana faktor usia, Amin dan Mat.

"Engko tahu Mat ? Pokemon pertama yang bagi nyawa namanya Arceus ? Diikuti pokemon lagenda macam Giratina, Palkia, Rayquaza,dan Dialga."

"Perh powernya kau Amin tahu semua. Tapi ada satu yang kau tak tahu"

"Apa ?"

"Harini hari Ahad, memang sekolah lain cuti Amin, tapi kita ni duduk Johor, patutnya pergi sekolah. Yang kau ajak aku lepak sini buat apa ?! Sembang pokemon pulak tu."

"Heeeeeee"

***

No comments:

Post a Comment