Aku duduk berseorangan ditengah-tengah bilik berwarna putih yang kosong tanpa sebarang perabot atau apa-apa barang. Sunyinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Lalu masuk seorang kawan membawa beberapa bekas cat pelbagai warna dan mula menyimbah cat tersebut di setiap sudut bilik itu. Lalu dia pun keluar dari bilik itu tanpa sebarang kata dan aku kembali keseorangan, tetapi tersenyum.
***
No comments:
Post a Comment