"Siap!" Tersandar Ringo setelah selesai menulis laporan tugasnya hingga ke pukul tujuh pagi pada malam itu. Walhal jam ketika itu baru saja mencecah sepuluh malam. Sengaja dia menulis siap-siap kerana dia yakin keadaan pada malam itu pastinya sentiasa berkeadaan baik dan terkawal.
Dilihatnya dari jauh di hujung jalan terdapat dua jururawat perempuan sedang berjalan ke arahnya. Sebenarnya bukanlah ke arahnya yang sebetul-betulnya tetapi mereka ingin keluar melalui pagar yang berada berhampiran dengan pondoknya bertugas. Niatnya untuk merokok sebentar tadi dibatalkan seketika. Reputasi perlu dijaga.
Sedang mereka menghampiri pagar untuk keluar tiba-tiba salah seorang dari mereka berhenti mengeluarkan sebungkus makanan lalu diberikan kepada kucing yang galak bermain di kawasan berhampiran. Di muka pintu pondok, Ringo mengamati bungkusan tersebut yang tak ubah seperti bungkusan burger. Kagum Ringo sebentar dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh jururawat itu. Sepanjang dia bekerja di situ pun belum pernah lagi dia memberikan makanan untuk kucing-kucing yang setiap hari pasti saja kakinya disondol manja dek kucing-kucing tersebut. Sudah namanya Ringo, hanya akan tewas dengan manjanya seorang perempuan. Manja kucing, sikit pun tidak dipedulikan.
Setelah kedua jururawat tadi beredar, Ringo kembali melihat bungkusan yang diletakkan. Tiada seekor kucing pun yang menyerbu untuk makan. Ringo mula kehairanan. Sebelum dia berjalan untuk melihat bungkusan tersebut sempat dia menyalakan sebatang rokok. Segera dia pergi ke bungkusan makanan tersebut untuk melihat apa yang tidak kena.
"Memilih betul kucing hospital ni. Burger makwe bagi pun taknak makan." Bebelnya sendiri sambil membelek bungkusan itu. Dibukanya perlahan-lahan plastik yang membalut.
"Laaaaa! Roti ja dia bagi. Daging burger dia mana? Roti pun dah ada bekas gigit. Cilaka punya makwe. Tak memahami selera kucing langsung!"
Kembali Ringo duduk membuang masa di dalam pondok selepas membuang bungkusan berkenaan.
***
Margolas: Abul Junosid
No comments:
Post a Comment