Hari ini adalah hari ke empat aku praktikal kat sini. Ramai
lagi masih aku tak kenal. Dan kerja yang supervisor aku bagi cuma lah trim part
part kereta. Layankan aje lah.
Aku kerja di sebuah kilang di shah alam. Dan kebanyakan
pekerja kat kilang ni berasal dari Nepal. Pekerja Nepal ni lebih murah
berbanding dengan pekerja tempatan. Sebab tu ramai pekerja dari Nepal.
Disebabkan diorang ni murah, cakap melayu memang tak tahu
sepatah haram la. Cakap english pon "okay" dengan "yes" je
la. Kalau pandai sikit, ada la extra lagi.
Sedang aku trim part ni, ada sorang akak melayu ni tanya
aku. " Adik pandai jaga machine?" Sambil tunjuk ke arah machine
injection moulding.
"Tak tahu lagi kak." Balas aku.
"Oh, nanti encik sofi kau ajar la tu. Kau tunggu je
la."
"Haa. Baiklah kak."
Lepas tu dia blah. Aku pon tak tau apa motif dia. Saje nak
sembang la tu. Aku sambung kerja aku lagi. Then selang berapa minit, ada sorang
pekerja Nepal datang ke arah aku.
Sampai-sampai je kat aku dia terus tanya. Aku pon dengar je
la loghat entah apa dia.
"Jaga machine?"
"Err. Saya tak tahu la. Hee." Jawab aku nak tak
nak.
"No no. English please. I'm new."
Ah sudah. Tak melayu plak. Tp not bad english dia. Boleh la
tu. Aku pon jawab la.
"Haa. I'm sorry. I dont know how to handle this
machine."
"No no. Sikit sikit. I'm new."
Aik. Tu reti bahasa melayu tu. Sikit sikit okay la tu. Aku
pon bangang cakap bahasa English mcm ckp dgn lecturer.
"Ha. I don't know."
"Jaga machine? You don't know? " balas nepal tu
sambil isyarat tangan yang aku lgsg tak tu apa mksd dia.
"I dont know !"
"Jaga machine? Here here. You dont know."
Cilakak nepal ni. Aku tak tahu tu maksud dia tak tahu la.
Aku pon terus la bertekak dengan dia macam ayam dengan itik. Aku tak faham dia
tak faham.
Then tiba-tiba ada tgn menyentuh bahu aku. Aku pusing then
ada sorang officier kilang tu. Aku rasa dia selalu kerja kat sebelah tempat
aku.
"Dia cari saya lah. Apa kamu ni?"
Aku pon pelik. Aku terus tengok name tag dia ada tertulis.
JAGHEMAN SINGH
Celaka tol.
***
No comments:
Post a Comment