Showing posts with label Thurlip Screamero. Show all posts
Showing posts with label Thurlip Screamero. Show all posts

20 Nov 2015

KARKAS #226: GAYDER JATUH CINTA

Rony menyinsing baju Melayu sehingga ke pergelangan tangan. Api dinyalakan untuk membakar rokok yang bernilai RM17. Matanya meliar mencari mangsa yang seterusnya. Dia sanggup, demi menyahut cabaran rakan sekumpulan.
--------------
       "Hello sayang, you kat mana ?" Kedengaran suara lunak perempuan yang dipancing  sebulan yang lepas.
       "Dengan kawan ni, i'll text you back, once i reach home." Talian dimatikan.  Remy menjungkitkan bahu, tanda ingin tahu. Rony membalas dengan gelengan. Malas mahu melayan kembarnya. Espresso yang sudah lama sejuk, diteguk pantas.
  "Settlekan Syasya tu cepat doh, sampai bila kau nak macam ni?" Remy menegur kembarnya, tegas.
"Aku tengah usaha lah ni, kau sabar boleh tak?"  Suara dinaikkan satu oktaf.
  "Mangsa kau yang sebelum ni, kau cekau cepat je, apasal kali ni susah sangat ?"
   "Aku suka dia lah !" Akui Rony
  "Bullshit ! Sejak bila kau suka perempuan ni ?" Bentak Remy geram. Azan maghrib berkumandang selepas mereka beredar dari kafe kopi Yahudi.
   ---------
     Rony selalu mengurung diri di dalam bilik selepas tamat waktu kuliah. Hal ini membuatkan abang kembarnya risau. Sudah lama dia tidak merasa nikmat bersenggama. Seringkali dia ternampak adiknya tersenyum sendirian sambil menghadap telefon bimbit permberian Syasya. 'Aku kena selamatkan dia, buat cemarkan grup 'GAYDER' je, kalau dia betul jatuh hati ke Syasya' getusnya.
-----
"Kita putus." Rony melontarkan suara sejurus selepas mereka mengambil tempat masing - masing.
"You, dah jatuh cinta dengan i?" Syasya menduga. Dia cuba untuk berlagak cool dan rileks. Rony mengalihkan pandangannya ke arah pengunjung yang gemar melepak di kafe kopi Yahudi sehingga larut malam.
"You, dah tak boleh hidup tanpa i eh, haa?" Syasya mengusik lagi dengan nada sindiran di hujungnya.
"Jangan merepeklah, i rasa kita dah tak sehaluan." Terang Rony tangannya digenggam kemas di bawah meja. Terketar macam terkena penyakit  parkinson.
"You jangan ingat i bodoh lah, i tahu semua rancangan bangang you ni dengan team gayder you tu" Rony menelan liur. Tekaannya tepat. Syasya seorang yang licik dan misteri.
   Rony bangun seraya mahu beredar, sepantas kilat Syasya merentap lengan Rony, membuatkam telefon bimbit yang dipegang terjatuh ke dalam cawan espresso milik Rony.
"Fuck it ! Iphone 6 plus aku lah gila!" Bentak Rony dengan kuat, serentak itu, satu tamparan hebat singgah di pipi Syasya.
  ---------
    Pancaran sang mentari sudah mencucuk mata, Rony tersedar dari lenanya yang panjang. Dia mengalihkan pandangan ke sebelah, kelihatan Remy terbaring kepenatan setelah melangsaikan bil- bil air yang tertunggak. Rony tersenyum puas, kini hidupnya kembali normal selepas mangsanya yang ke - 200 dihapuskan pada malam terakhir mereka berjumpa.

7 Nov 2015

KARKAS #210: KAKI KENCING

    Tony baru sahaja melepaskan hajatnya di tandas awam sebentar tadi. 

''Celaka betul teh ais mapley tu, buat gua rasa nak membuang je." Getus Tony kepada rakan karibnya, Azlan.

     Mereka sudah jauh ketinggalan dari sekumpulan konvoi motosikal yang menuju ke arah utara. Tony kembali membonceng motosikal LC 125  miliknya. Dalam masa satu jam perjalanan, Tony kembali rasa tidak sedap badan. Perutnya memulas.     

'Ah sudah, dia buat hal lagi.' Tony merungut dalam hati. Dia terus membonceng motosikal dalam had laju sederhana.

Kawasan di sekeliling hanyalah hutan tebal gelap yang diterangi lampu jalan kiri dan kanan. Tiada papan tanda yang kelihatan. Tony cuba menahan sambil mengurut  penisnya. 

'Eh fucklah.' Tony merungut geram.

"Kau kenapa bro?" Tanya  Azlan bingung. 

"Nak terkencing lagi bro, fucklah." 

"Kau ada masalah pundi kencing ke apa ?" Soal Azlan.

"Pundek kau, ni kes teh ais tadi lah, aku sejuk." Rungutan Tony membuat Azlan tergelak besar. 

  Dalam perjalanan, Tony tidak senang duduk, seperti dia tidak mampu  menahan kencing lagi. 'Ah peritnya pundi kencing ni, gua dah tak tahan siot' Jerit Tony dalam hati. 

      Dalam perjalanan, Tony ternampak sebuah pondok buruk di simpang jalan. Lantas dia membelok membuatkan rakannya kehairanan. 

"Kau nak ke mana gila?" Tanya Azlan. 

"Kencinglah, aku dah tak tahan ni!" 

Azlan mengerutkan dahi, takkan Tony nak lepaskan hajatnya di tepi jalan. Getusnya. 

Tony bergegas menuju ke pondok yang dia 'ternampak' tadi. Sesampainya di pondok tersebut, ada bau hancing yang sangat kuat  menusuk hidung. Tony tidak menghiraukan bau tersebut. Perlahan dia menolak daun pintu pondok itu. Hampir nak termuntah apabila dia masuk ke dalamnya. 'Damn, mangkuk tandas ini benar - benar menguji gua, busuknya Ya Rabbi.' Rungut Tony. 

    Keesokan harinya, Tony demam akibat disampuk, mana tidaknya, pondok yang disangkanya tandas awam, rupa - rupanya jirat Cina yang telah lama terbiar.

***

KARKAS #206: CULIK

      Perodua Alza meluncur laju menuju ke jalan besar. Aku belum sempat menatap seraut wajah yang cantik dan indah ciptaan Tuhan. Ya, aku agak kecewa. 

      Aku masih menaruh secebis harapan yang esok masih ada. Esok dia akan kembali. Esok aku  dapat menatap wajahnya lagi. Esok, aku janji aku akan dapat tahu nama pemilik Perodua Alza tersebut. 

      Seminggu yang sungguh mengecewakan. Susuk tubuh si cantik itu masih belum kelihatan. Namun, aku masih berharap. Berharap. Terus berharap.       

       Selasa, dalam keadaan hujan masih renyai aku kembali ke butik. Semasa hendak parkir motosikal di tepi kaki lima, aku tergelincir  kerana selipar Esprit yang sudah haus. Lantas aku bangun dan berpura tiada apa-apa. Kebetulan juga, tiada sesiapa yang ternampak semasa aku tergelincir tadi.

Berderau darah aku apabila melihat si dia sedang membeli barang di dalam kedai. Aku nampak dia menoleh ke arah aku, sengaja aku hiraukan.

 Jujurnya, jantung aku berdegup pantas dan aku rindu untuk menatap wajah itu. Ya, aku sengaja melepaskan peluang di depan mata begitu sahaja. 

                ****

        Tugas syaitan memang suka menghasut manusia, lalu dengan kejamnya dia menghasut aku, maka terjadilah episod bersejarah dalam hidup aku.

   "Kenapa kau culik aku hah, gila?" Bentaknya garang. Aku senyum sinis sambil menatap bibirnya. Geram! 

   "Siapa suruh cantik sangat, geram je tengok." Aku senyum, sambil duduk bersila di hadapan dia. Jantung aku, kalau boleh tercabut, memang sudah lama tercabut. Adakah itu degupan cinta?    

  "Merepek apa, lepaskan aku lah...Ain!" Dia separa merayu.

    "Eh, you remember my name, I am amazed darling." Aku berbisik di telinga dia. Mujur tangan dia aku ikat ke belakang, dia tak mampu menepis. 

"Sebenarnya, I just wanna know your name, your status, your Instagram id also your phone number, so I could text you a morning wish everyday." Aku tahu aku gatal, dan gatal aku tak dapat dikawal lagi bila dunia kami gelap seketika. Bunyi  dengusan  kecil membuat aku kembali ke dunia nyata. Dia menangis!

Aku tergamam! 

Jahanam, aku tak patut buat dia menangis.

"Could you please let me go first?" Dia merayu. Ikatan di tangannya aku leraikan sepantas kilat. Lantas dia menyeka air matanya. Aku pula jadi kaku tiba-tiba. Rasa bersalah pula apabila buat orang yang kita suka menangis. 

   "Tadi tu..tak sengaja, iI'm so sorry." Okay, aku pula yang ketar lutut sekarang.

"It's okay" Dia genggam jemari aku. Lembutnya tangan Ya Tuhan!

"What?" Aku dengar, tapi aku sengaja tanya semula. 

"Takpe la." Dia pula macam cuba memujuk aku. Rasa  tak guna betul !  

   Samsung S4 bertukar tangan. Lepas aku masukkan kata laluan, dia menekan beberapa aplikasi di skrin telefon aku. 

"Okay, done." Dia menghulurkan telefon aku semula. "May I go now ?" Soalnya tenang. Dah tak nampak pucat macam tadi. 

"Sure..sure." Aku punya tahap keras macam batu, orang ketuk pun tak pecah. First time buat kerja-kerja macam ni beb!  

 "Thank you." Ucap dia. Aku membalas dengan senyum kelat. Langsung tak profesional lah aku ni. Lampu S4 aku berkelip, menandakan mesej masuk.

 "Hey, this is my number and don't forget to say it like you mean it, alright ?" 

"Btw, Sorry, I don't have an ig id."

'Damn you Sarah, you're mine now!' 

Walaupun tak berapa profesional, misi aku berjaya juga.

***

1 Jul 2015

KARKAS #192: SUKAR BENARKAH UNTUK SALING MENCINTAI?

Semenjak ini, aku perasan ada satu gadis sering memerhatiku.

'Gila la mamat tu, boleh tahan kacak juga.' Getus aku dalam hati.

Gadis itu tak adalah lawa mana tapi ada sesuatu tentang dirinya yang buat aku curiga tentang dirinya.

Macam malas je nak approach, nanti kena friendzone, buat malu aje. Nampaknya aku kena cover sikit.

Namun, beberapa hari selepas itu, gadis ini sering hadir dalam mimpiku. Kalau nak ikutkan taraf umur, aku terlalu tua untuk dia, lagipun dia kan belajar lagi. Gadis yang lebih tua memang minat aku. Aku takut kalau hubungan kami tak direstui keluarganya? Tapi apa kata ibu bapaku? Aku risau juga jika mereka tidak restu.

Biar aje lah dia, aku sakat suka-suka je, mungkin nanti dia akan bertemu jodoh dengan lebih baik.

***

11 Mar 2015

KARKAS #88: JAUH

Malam ni,aku last keje malam,pishang gila bila Bulu takde. Aku langsung tak rasa fun.
Aku moody.Aku rasa macam nak kunyah chewing gum je.

Masa aku lepak lepak dekat locker nak bancuh air,Nazihah datang..dia tegur

"Bancuh apa tu?" Aku tak berapa dengar sebab telinga aku sumbat. Terus aku jawab kuat kuat

"Taboulehhhh"

Aku kerling ke arah dia,dia macam call someone yang dia dah ada dekat locker.Aku syak dia call si technician laki orang anak sorang tu.
Aku pun rileks je,minum air aku sampai habis.Beberapa minit kemudian,mamat yang aku syak tadi pun keluar. Terus aku maki hamun laju laju dalam hati.

"Nazihah..Nazihah,apa dah jadi ni,nak becinta dengan laki orang at the age of 20 ?"

Aku asyik fikir kenapa Aku dengan Nazihah semakin jauh dan renggang,sampai buat aku migrain semalam. Dan segala keserabutan tu aku lampiaskan dengan satu makian..


"FUCK OFF"

***

KARKAS #81: TRIAL AND ERROR

Sekitar pukul 10.30 malam,aku berjalan menuju ke mesin Izryl dengan niat untuk berbual sebentar. Aku menghulurkan sebungkus gula gula kepadanya.

"Sepupu orang dah nak bertunang" kata aku. Dan dia tanya bila. Aku jawab bulan 3 ni,dan kami masing2 terdiam lagi.

Selang beberapa minit,aku menyuarakan hasrat hati.

"Mak tanya,kita bila lagi" aku cuba memancing.Dia jawab tahun depan.Aku kata lagi.
"Mak cakap tak boleh lambat lambat sebab dah tua ni" Dia gelak,dan aku terus cubit pinggang dia dan blah dari situ.

Aku cool je,tak rasa malu ke apa lepas cakap macam tu. Tak tahu apa dia fikir.

Selepas rehat,aku pergi kacau dia lagi,masa tu la dia cakap

"Ain ok,Ain baik,lawa,comel..mesti orang kat luar sana nak Ain..kan"

"Taklah,mana ada"

"Kita kawan eh" dia cakap lagi dengan nada suara bergetar. Aku rileks je.

"Kawan je ke? Emkay" aku cakap perlahan je,lepas tu terus pergi sambung buat kerja. Masa tu mula lah rasa macam habuk masuk mata,tapi kena cover.

Hati aku menjerit "hiburan mana hiburan,aku perlukan hiburan!"

Kemudian,aku tinggal kerja yang terbengkalai dan pergi mengular dengan rakan sekerja yang lain.

***

KISPEN #5: TIMAH KUAT MAKI

Semalam Timah berjalan berseorangan di laluan pejalan kaki sekitar Bangsar. Pada ketika itu,hujan sedang turun dengan lebatnya.Timah tetap meneruskan perjalanannya untuk menuju ke destinasi yang ingin ditujui.
      Tiba di satu selekoh,sebuah motosikal mat rempit melintasi Timah lalu melanggar kelopak air yang bertakung.
  "Pukimaklah,habis baju aku basah,babi!" Timah melampiaskan amarahnya di hadapan mat rempit tersebut.
    "Sorry cik,saya tak perasan ada kelopak air kat sini,saya nak cepat tadi" tutur lelaki yang digelar mat rempit oleh  Timah tadi.
  "Memanglah,engko tu mat rempit,mana reti bawak slow,cibai!"    Marah Timah lagi. Mana taknya,habis baju berjenama Guess  Chow kit dia lencun dek percikan air kotor tadi. Sudahlah dia lewat mahu pergi temuduga.
 "Maafkan saya cik,saya janji lepas ni saya akan berhati - hati"
  "Pura - pura noob lah sial dia ni" tutur Timah perlahan,namun dapat didengar oleh jejaka mat rempit tadi.
   "By the way,cik ni dah lawa,tapi sayang,mulut je bau longkang sikit" kata mat rempit tu,dengan senyum segaris.
  "Babi,blah la sial"

  Sepanjang perjalanan ke tempat yang ingin ditujui,mulut Timah belum berhenti menyumpah seranah mat rempit tadi. Hendak patah balik,dia rasa sayang pula,kerana inilah peluang keemasan yang patut direbut.
     Di pendekkan cerita,Timah bertemu lagi dengan mat rempit tadi,dan kali ini,Timah betul2 rasa malu yang teramat sangat. Mana tidaknya,lelaki yang disangkanya mat rempit tadi,kini telah bertukar menjadi seorang pegawai pramugara yang segak.
  Tanpa perlu temuduga,Timah berjaya melepasi temuduga untuk menjadi seorang pramugari.

***


Margolas: Thurlip Screamero