Dia menolak daun pintu bilik perlahan. Penat. Seharian sibuk dengan urusan negara, tentang hutang yang semakin melonjak, tentang nilai mata wang yang jatuh, tentang rancangan penggulingan kerajaan, tentang, tentang macam macam lagi lah. Penat dia seharian ini.
Ya, tugas dia sebagai orang nombor satu negara memang tak pernah mudah. Tak pernah ada masa berehat apatah lagi mahu melancong ke luar negara bersuka ria. Tak pernah. Sumpah. Hari ni pun dah cukup baik dia dapat pulang awal ke kediaman rasmi perdana menteri.
Dia menatap cermin. Wajahnya sebagai Perdana Menteri harapan rakyat memang tampak berseri kerana selalu mengamalkan jamu mak dara. Dari belakang kepala dia meleraikan satu simpulan tali. Perlahan lahan wajah itu di tanggalkan. Topeng. Ya, wajah itu hanya topeng. Dari belakang tengkuk pula, dia membuka satu zip yang ditarik hingga ke punggung.
Dia keluar dari sarung kulit manusia.
Ya, dia seekor babi yang memakai sarung kulit dan topeng manusia. Lalu babi itu menghempaskan badannya ke tilam berharga RM120 000.
Di atas tilam dia berfikir, alangkah penatnya menjadi Perdana Menteri.
***
No comments:
Post a Comment