11 Mar 2015

KARKAS #81: TRIAL AND ERROR

Sekitar pukul 10.30 malam,aku berjalan menuju ke mesin Izryl dengan niat untuk berbual sebentar. Aku menghulurkan sebungkus gula gula kepadanya.

"Sepupu orang dah nak bertunang" kata aku. Dan dia tanya bila. Aku jawab bulan 3 ni,dan kami masing2 terdiam lagi.

Selang beberapa minit,aku menyuarakan hasrat hati.

"Mak tanya,kita bila lagi" aku cuba memancing.Dia jawab tahun depan.Aku kata lagi.
"Mak cakap tak boleh lambat lambat sebab dah tua ni" Dia gelak,dan aku terus cubit pinggang dia dan blah dari situ.

Aku cool je,tak rasa malu ke apa lepas cakap macam tu. Tak tahu apa dia fikir.

Selepas rehat,aku pergi kacau dia lagi,masa tu la dia cakap

"Ain ok,Ain baik,lawa,comel..mesti orang kat luar sana nak Ain..kan"

"Taklah,mana ada"

"Kita kawan eh" dia cakap lagi dengan nada suara bergetar. Aku rileks je.

"Kawan je ke? Emkay" aku cakap perlahan je,lepas tu terus pergi sambung buat kerja. Masa tu mula lah rasa macam habuk masuk mata,tapi kena cover.

Hati aku menjerit "hiburan mana hiburan,aku perlukan hiburan!"

Kemudian,aku tinggal kerja yang terbengkalai dan pergi mengular dengan rakan sekerja yang lain.

***

No comments:

Post a Comment