11 Mar 2015

KARKAS #67: ATAN IS A PANG ROKER

Atan seorang budak paling rokes di hujung kampung. Setiap hari lepak bermain gitar kat pondok tepi tali air dengan imej rock.  Dari kaki hingga ke leher semuanya menepati ciri-ciri seorang rokes. Rambut je tak sebab atan masih bersekolah,darjah 5. Cikgu disiplin suka buat spotcheck rambut. Harini atan mahu keluar ke bandar dengan memakai kasut yang baru dibelinya dua minggu lepas,konves.

"Meleleh air liur kala bebudak ni tengak. Kompen diorang jeles." Atan tersengih seorang diri sambil mengeluarkan kasut barunya dari kotak.

***

"Abang.. boleh tolong orang tak?"

"Amende? Tak nampak ke koi tgh busy ni."

"Hmm. Tolong ikat tali kasut boleh tak?"

"Ah gampang. Rokes takkan tak reti ikat tali kasut."

"Mane reti,org gi sekolah pakai kasut siat je. Tolonglah. Malu orang kala bebudak lain tahu orang tak reti ikat tali kasut. Cepatlah."

***

No comments:

Post a Comment