Suasana riuh rendah di perkarangan kaki lima pejabat pos pelabuhan setiap pagi adalah rutin di sini. Jika di tempat-tempat lain, orang beratur panjang menunggu giliran kaunter pajabat pos, ia tidak berlaku di sini. Pejabat pos sentiasa sepi tetapi org berpusu-pusu menyerbu gerai penjaja Mak Yam; berentap membeli sarapan. Yg jadi bertambah jelik, Mak Yam hanya berniaga dgn satu menu hidangan sahaja — karipap.
Karipap buatan Mak Yam terkenal di seluruh kawasan pelabuhan. Beralaskan tikar getah ranap, berbumbungkan payung pasar tani terpakai, Mak Yam gigih berniaga. Menjadi batu loncatan atas perniagaan beliau, org menggelarkan karipap buatan beliau dengan gelaran 'karipap air'. Dengan satu gigitan meracik ke isi kentang padat karipapnya, pembeli bukan sahaja merasai nikmat karipap yg mengembung, malah seperti ditogok air bergelen-gelen. Semakin digigit karipap, semakin dikunyah intinya, semakin menderu-deru rasa air yg membanjiri anak tekak. Magis seperti ini dikagumi oleh seluruh pekerja pejabat pos pada awalnya. Mereka menjadi pelanggan utama Mak Yam bila mana tiba waktu sarapan menyinsing, waktu rehat tengah hari, dan waktu pulang kerja.
Perasaan mengunyah karipap Mak Yam ibarat langit dan bumi jika dibezakan dgn nikmat air kopi mahal-sedap-tak-seberapa Starbucks atau makan daging-mahal-nak-mati Australian Sirloin Rib Eye Steak. Asyiknya air yang menutup tongkah-tongkah dahaga tekak sambil mengemam karipap Mak Yam merupakan kegilaan baru masyarakat di pelabuhan. Jadi merebaknya berita magis si karipap air ini menular ke segenap bangunan-bangunan perniagaan, pekerja-pekerja awam, ahli gimnastik dan renang (memandangkan ada terletak 2 buah kolam renang dan 1 pusat gimnastik utk OKU di sekitar kawasan situ), broker-broker kapal dan pelajar-pelajar cina SJK(C) Lai Fatt.
Ketaksuban yg mengerikan ini memberi motivasi utk Mak Yam memulakan perniagaan membuka payung meja seawal 6.30am dan melipat-tutup alas tikar pada jam 7.30pm. Tidak pernah seminit pun Mak Yam sempat membalas emoji 'Thumbs Up' di dalam grup WhatsApp pada telefon Samsung yg dihadiahkan oleh seorang pelanggan Indonesia yg merupakan pendatang tanpa permit jika beliau mula menempel karipap-karipap air di atas meja. Terlalu ramai org menyerbu seperti apa orang Melayu melabel "tak cukup tangan". Tangan ada sepasang sahaja dan Melayu masih memahukan berapa pasang lagi untuk cukup? Nak jadi Dewa Vishnu? Begitulah kata redup dalam hati Mak Yam.
Ahli gimnas yg letih setelah berlatih, tidak mencari air glukos, hanya mengunyah-ngunyah karipap air Mak Yam, mereka kembali bertenaga. Broker kapal yang hampir muflis tidak lagi menghisap paip tembakau, hanya perlu mendapatkan sebungkus-dua karipap air Mak Yam bagi menghilangkan tekanan jiwa. Manakala pegawai-pegawai Kerajaan tidak lagi mengambil rasuah seks mahupun wang, hanya disogok dgn karipap air Mak Yam, semua urusan menjadi lancar.
Ada sekali musim kemarau di pelabuhan, air tadahan kering dan pelajar-pelajar Cina mandi menggunakan karipap air Mak Yam.
Begitulah magisnya karipap air tersebut. Ada pun begitu, Persatuan-Persatuan Peniaga Pelabuhan sudah tidak boleh bertahan lagi. Kerugian mereka dalam industri kecil sederhana dgn perniagaan makan/minum semakin meruncing. Kerakusan Mak Yam mencuri hampir 97.3% pelanggan-pelanggan di Pelabuhan meledak satu amarah yg bakal meletus. Analisa tersebut dilakukan oleh Ahli Renang yang mana beliau memiliki ijazah sarjana muda Statistik dan kini menjadi atlit berjaya kerana karipap air Mak Yam.
Kempen boikot mula dilancarkan. Mereka mahu isytihar perang atas Mak Yam! Keadilan persaingan perniagaan perlu dituntut! Tan Sri Joned adalah ketuanya. Mereka menyerbu pondok kecil perniagaan Mak Yam tepat jam 7.00am.
"Mak Yam!"
"Ye nak.. Anak nak berapa?"
"Kami taknak karipap air bodoh ni! Skrg beritahu, macam mana nak buat makanan ada rasa air-air mengalir ni. Atau kami heret Mak Yam ke Mahkaham Tribunal! Bodoh punya org tua!"
Mak Yam pun lantas mengeluarkan secebis tisu dan sebatang pen. Ditulis sesuatu, kemudian diserahkan kepada Tan Sri Joned.
"Ni dia nak..."
..."Org tua ni cuba menipu boss." Bisik Ah Kiat ke cuping kiri Joned.
Vellunathan memercik api amukan, "Boss, nombor tujuh tu betul-betul dia nak kenakan kita! Kita tembak je boss!"
Joned berdesing. Dicekaknya kolar baju Finding Nemo Mak Yam dengan kasarnya dan ditarik-tarik tudung bawal Mak Yam hingga tercabut pin penyambung.
"Nombor tujuh ni apa? Cuba perli aku? Mana air kau? Karipap air bodoh ni kau bomohkan guna mantera apa???"
Perlahan Mak Yam menitiskan air mata. Berjurai mambasahi baju seterusnya melembabkan kain batik dan akhirnya titisan air mata itu jatuh ke tanah. Joned menumbuk dan ditambah pula empat belas penerajang Ah Kiat melumatkan lagi isi-isi kulit wanita berumur 77 tahun itu di kaki lima. Mak Yam teresak-esak lalu bibirnya terkumat-kamit.
"Tuan, nombor tujuh itu...adalah saktinya. Berniagalah dgn sakti itu semampu yg kita boleh Tuan...AshaduAllah...ila..haillallah..."
Tan Sri Joned memerhatikan catatan Mak Yam sambil ditemani Ah Kiat dan Vellunathan selaku bodyguard berbadan sado, berjalan perlahan meninggalkan Mak Yam.
Ada pun tulisannya pada tisu itu:
1. Tepung gandum
2. Minyak
3. Kentang
4. Air
5. Telur
6. Mentega
7. Keikhlasan
***
Margolas: Pok Pok Kuzawa
No comments:
Post a Comment