Mustafa merupakan murid lelaki tahun enam di Sekolah
Kebangsaan Chubadak. Walaupun tidak dikurniakan rupa paras yang handsome,
tetapi gaya Mustafa yang baik tetap berjaya memikat hati Jasmin. Jasmin suka
menemani Mustafa ke mana sahaja dia pergi. Walaupun menemani Mustafa mengintai
Laila, murid perempuan tahun enam di sekolahnya, ketika pendidikan jasmani.
Jasmin sangat menyukai Mustafa. Demi kebahagiaan Mustafa,
Jasmin dengan berat hati menolong Mustafa untuk memanggil Laila ke pokok ara tersebut. Jasmin dengan berat hati
menerima duit rasuah yang diberi oleh Mustafa untuk menutup rahsia dia menyukai
lelaki itu. Laila tiba sambil mulut nya
mengunyah keropok lekor. Hati Jasmin penuh dengan rasa iri hati dan cemburu.
Dia melihat Mustafa seakan tidak sabar untuk memberikan satu bungkusan kepada
Laila. Bungkusan yang menjadi idaman Jasmin sejak dulu lagi.
'Ini hati saya.'. Jasmin hanya mampu melihat Mustafa
menghulurkan bungkusan itu kepada Laila. Mahu sahaja dia pergi dari tempat itu,
tapi entah kenapa dia terpaku sahaja di situ.
'Sudi tak awak..."
Belum sempat Mustafa menghabiskan ayatnya, Laila terus
mencelah.
'Tak hingin!" Kata Laila sambil merampas bungkusan
putih itu dan mengeluarkan hati Mustafa yang berdebar-debar itu. Tanpa
teragak-agak dia memasukkan hati Mustafa ke mulutnya dan mengunyahnya
bersungguh-sungguh dan menelannya sebelum berpusing dan meninggalkan Mustafa
dan Jasmin di situ.
Jasmin tergamam dan menutup mulutnya dengan kedua belah
tangannya. Membuak-buak perasaan marah di hatinya. Mahu sahaja dia menerkam
Laila saat itu. Namun, ada sedikit rasa gembira di hatinya dan Jasmin tahu
inilah peluang keemasan dia. Jasmin terus mengambil pisau lipat di dalam
poketnya dan terus merobek keluar hatinya.
Belum sempat Jasmin memberikan hatinya, Mustafa telah bangun
dan meninggalkannya keseorangan di situ. Sempat dia mendengar Mustafa berkata,
'Perempuan cantik memang kejam. Sebab itu saya dah tiada
hati lagi.'
Jasmin mengutip kembali hatinya yang jatuh ditolak lelaki
tiada hati.
'Tapi hati saya ni macam mana pula? Hati saya sudah mati.'
Kata Jasmin. Hatinya yang asalnya merah pekat kini kian pudar. Tiada lagi
denyutan padanya.
***
No comments:
Post a Comment