Mulut terkancing rapat, gigi diketap kuat, tekak berkali
kali menelan saliva likat, menahan lapar.
"Halamak ai, kereta tak ada, nak naik motor seram,
*-+$: betulah" lalu mata terpandang sebuah kenderaan yang jarang dilihat
berada di jalan raya, jalan kampung mahu pun jalan bandar.
Getus hati lagi "ahhh tak ada kereta, binatang ni pun
bedalah !"
Dengan perlahan punggung dilabuhkan pada tempat duduk
kenderaan itu sambil memperbetul kedudukan. Dengan lafaz bismillah, aku mula
memandu dari perkarangan rumah menuju ke kedai Pisang Goreng Cik Rani.
Berpeluh, penat, tercungap semua dapat dirasai pabila
menaiki kenderaan itu. Terpaksa naik turun bukit, dikejar anjing dan manusia
yang anjing.
Sesampai di kedai, semua mata menumpukan tajam pada aku dan
kenderaan, dan Cik Rani mula mendekati lantas bersuara "kau ni gila ke
dari rumah berkereta roda sampai ke sini ? Kalau apa apa jadi tadi siapa susah
??"
Aku tersenyum dan disenyumkan oleh yang lain yang berada di
kedai itu. Fikir ku hanya satu, Pisang Goreng Rojak Tempe !
-Based On True Story-
***
No comments:
Post a Comment