11 Mar 2015

KARKAS #49: MELIAR

Gincu dicalit, tudung dililit, muka ditempek—aduhai cantiknya! Sorak riang si gadis. Tergesa-gesa dia menuju ke gerai Mak Limah untuk bersarapan seperti biasa. Sedang dia asyik menyuap nasi lemak, pandangan liar dua pasang mata merayap ke setiap inci diri. Meliur tusuk pandangan dari atas hingga ke bawah tubuhnya. Ahhh! Lelaki memang bangsat! Sampai sahaja di pejabat, rakan baiknya tertawa terbahak-bahak. Dia bingung. Rakannya langsung berbisik; "Kau dah kenapa pakai kasut lain-lain ni? Pagi tadi makan nasi lemak campur ganja?"

***

No comments:

Post a Comment