Showing posts with label Nora Aurora. Show all posts
Showing posts with label Nora Aurora. Show all posts

24 Mar 2015

KARKAS #132: MEMORI

Lewat malam kelmarin, aku ditidurkan dengan suaramu lagi yang mengucapkan, "Mimpikan aku, sayang. Moga-moga malam ini aku bisa mendapatkan kamu di ruang mimpiku juga".

Aku tersenyum saat teringat gelak manjamu yang tidak habis-habis mentertawakan kisah lucu di wayang tempoh hari. Bahagianya kamu ketika itu aku fikir bukan cuma digeletek lucu saja, aku juga bisa melihat ekor matamu asyik melirik ketawa kecilku. Dan bila mata kita bertaut, ketawa kita segera mati, pantas aku tersipu malu lalu berpura-pura menatap skrin kembali. Saat itu aku mula merasakan cinta aku kepadamu bercambah, tidak terlalu banyak, namun tidak juga terlalu nipis.

Kemudian kita berjalan keluar dari panggung dengan sedikit rasa getaran di dada. Sengaja aku biarkan satu dua saat kita dicuri sang bisu, supaya getaran itu tidak terlalu ketara kedengaran. Asyik sekali waktu itu.

Orang bilang, apa pun dalam hidup biarlah bersederhana, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan cinta. Tenang aku katakan dari dalam hati, aku mencintaimu duhai kekasih. Namun biarlah rasa ini kekal diam tidak bersuara, cukup cuma bunyinya saja kuat ketika aku meraup mukaku usai memohon kepada Tuhan, agar Kamu tenang di sana.


Dan tetaplah suaramu yang terakhir itu menjadi peneman aku selamanya. 

***

11 Mar 2015

KARKAS #92: ROMANTIS

14 Februari 2015.

“Kenapa kopi ni pahit semacam je wak?”

Aku meletakkan pantas alas cawan di atas meja. Tadi aku minum kopi tu guna alas dia, pasal konon aku nak sejukkan kopi dulu sebelum minum. Punyalah macam budak-budak.

“Saya tak letak gula”, jawabnya selamba.

Aku menepuk dahi. Sempat juga tercengang dua saat. Pesen apa tak letak gula ni, pesen apa?!

“Relax and sit back. Takde pape jadi pun minum kopi tanpa gula”

“Tapi tak best. Tak manis. Tawar. Hambar. Kelat. Ha apa lagi? Baik minum air masak je”

Aku mengomel tanda tidak berpuas hati. Si dia masih bermuka tegak. Aku nak kata dia bermuka straight sebenarnya. Atau lebih tepat, tidak berperasaan.

“Kalau saya senyum, boleh maniskan tak kopi awak tu?” Si dia mengatur kata.

Aku tercengang tiga saat kali ni.

“Sepertimana aiskrim dan pasu disatukan, pisang dan cheese ditemukan, begitulah kita terikat dekat tanpa sempadan. Kopi dan gula ini tanda cinta kita. Terima kasih sebab jadi “kopi” saya”.

Si dia terus tersenyum. Dikeluarkan bekas gula yang disembunyikan di belakang kusyen. Tiga sudu kecil gula dimasukkan ke cawan dan dikacau perlahan.

“Happy 2nd wedding anniversary, my beloved”


Giliran aku pula tersenyum.

***

KARKAS #90: LIPSTICK

Dia membelek-belek wajah di hadapan cermin. Sebiji botol alas bedak muka jenama Maybelline dikeluarkan dari bekas berupa kotak pensil. Botol dipicit sedikit lalu diratakan isinya serata muka. Lagu All of Me mengisi ruang bilik usai menyapu bedak juga dari jenama yang sama. Lagu yang hanya disetkan untuk seseorang yang istimewa terus berbunyi kuat. Terkocoh-kocoh dia menjawab panggilan dari buah hati.

“Hello b”

“Hai sayang, dah siap? I dah dekat depan rumah you ni”

Baru pakai bedak oi baru pakai bedak! Alamak!

“Boleh kasi I 5 minit tak? Sorry, I baru nak siap ni”

Dia merengek kecil. Telefon bimbit dikepit di antara telinga dan bahu. Tangannya pantas mencari pemerah bibir di atas meja. Targetnya cuma satu, tamat sahaja panggilan, lipstick adalah benda terakhir disapu di bibir.

“Jangan lama sangat, I pasang timer ni” Lelaki di hujung talian memberi amaran.

Telefon bimbit dicampak atas katil setelah mematikan talian. Sepantas kilat dia memakai lipstick yang dipegang sedari tadi. Dikemam-kemam bibirnya bagi meratakan isi gincu ke serata bibir. Beg sandang berwarna coklat dicapai. Cepat-cepat disarung kasut dan menuju ke arah kereta Ford yang sedia menanti.

“Comel”

Kata-kata lelaki di sebelahnya membuatkan dahinya berkerut. Pakai bedak dengan lipstick je pun, comel apanya? Dia menoleh ke sisi. Lelaki itu tersengih.

“Comel lah tu pakai lipstick comot sebelah” Lelaki itu ketawa besar.

Dia membulatkan mata. Dicari cermin sisi untuk memastikan ayat lelaki tersebut. Ternyata ada secalit lipstick di atas hujung kanan bibirnya melebihi paras. Dengan malu, dia memadam seluruh gincu dibibirnya menggunakan tisu. Masa nak date lah buat perangai kan.

“Tak payahlah pakai lipstick lagi lain kali. Dah cukup lawa dah you pada mata I”

Cis. Malu lagi gua.


Giliran dia tersengih.

***

KARKAS #65: MIMI Part II

Dia menekan-nekan punat di alat kawalan jauh televisyen dengan pantas -- dengan sedikit harapan yang perlawanan bola sepak pagi itu masih belum habis, dan sempatlah dia menatap pemain kesayangan dia. Dia kelihatan hampa apabila pemain bola kegemarannya tidak turun padang,  yang kelihatan cuma muka muka yang entah siapa pun dia tak ambil kisah pun. Satu pesanan WhatsApp masuk dari Danial dan tidak semena-mena wajahnya bertambah muram setelah membaca isinya.

"Sia-sia je bangun pepagi buta ni kalau nak tengok Christiano Ronaldo kat MU tu sayang oi, kan dia dah pergi main kat Real Madrid"

Mimi menangis sendu.

***

KARKAS #51: MIMI Part I

Matanya tertancap pada satu foto di dinding harapan. Di dalamnya punya satu rasa yang sukar diluahkan -- suka, sayang, sendu bersilih ganti. Dia mengesat air mata yang menitis perlahan.

"Bila kita akan ulang semua warna indah dalam potret itu, sayang?"
Terbuat cerita sedih waktu basuh baju

***