"I rasa elok kita tangguhkan je majlis perkahwinan kita"
Hampir tersembur ayam goreng dari mulut Danial mendengar kata-kata Mimi. Cepat-cepat dikunyahtelan sisa makanan di dalam mulut, tidak sabar rasanya untuk bertanyakan sebab Mimi membuat keputusan gila mcm tu, sedangkan majlis tinggal dua minggu je lagi.
"Baju pengantin yang kita buat haritu dah tak muat. I dah gemuk, b. Tunggu I kurus balik lah baru kita buat majlis"
Mimi menyambung makannya.
***
Daniel terpinga-pinga, alasan Mimi benar-benar tak munasabah. Bagi Daniel bukan senang untuk perempuan itu kurus tambah pula spesis Mimi yang kuat makan.
"Ok sayang, awak usahalah nak kurus. Bagi b teruskan perkahwinan tu dengan calon lain pastu bila sayang dah kurus kita buat majlis kawin kita pula." Kini giliran Mimi pula tersedak.
***
No comments:
Post a Comment