11 Mar 2015

KARKAS #31: LEGO

"Apa benda yang paling sakit kau pernah lalui?"
"Entah. Kau?"
"Kau tau tak seksa dia bila kau jalan dengan yakin, lepastu kau terpijak bongkah Lego yang besar bagak?"
"Uish. Neraka dunia."
"Tau pun."

Aku tersenyum membaca seloka murahan sebegitu yang terdapat di dalam laman laman 'troll' seperti 9gag, Reddit dan lain-lain. Dan pada dahulunya, tiap-tiap kali aku baca lawak-lawak seperti itu, perkara pertama yang melintas-lalu dalam fikiran aku hanya satu. Sampai bila lawak murahan begitu akan berlegar di ruangan maya, dan membuat orang-orang yang membaca mendapat jolokan #MudahTerhibur? Entahlah.

Dulu, aku biarkan sahaja. Entah. Malas nak ambil kisah mungkin. Tetapi kini, bila mana pemikiran aku sudah mula terselak birai yang menutup sedikit demi sedikit, aku kian melihat signifikasi tentang apa yang mereka-mereka kaitkan tentang bongkah Lego tersebut. Tentang bagaimana sesuatu yang sekecil bongkah itu boleh menghentak-henyak segala saraf yang ada dalam tubuh, dan bagaimana objek sekecil itu boleh membawa sakit pada seluruh sistem secara keseluruhan.

Lalu, aku terfikir tentang perkara-perkara kecil dalam hidup, yang sering aku tolak ketepi kerana bagi aku tiada signifikasi. Tiada kepentingan untuk aku jadikan sebagai prioriti. Dan sekarang aku tau, betapa salah keputusan aku. Kerna sekecil zarah manapun sesuatu yang datang menjengah, tetap punya kepentingan yang bakal merubah arah. Seperti sekecil bongkah Lego, yang bisa membuat satu badan amarah.

***

Margolas: Ben Syamil

No comments:

Post a Comment