Showing posts with label Padil Rocha. Show all posts
Showing posts with label Padil Rocha. Show all posts

14 Mar 2015

KARKAS #107: DILEMA SEORANG ROCKERS

"Sudah sudahlah jadi mat rokes main gitarnya. Tak ke mana jugak. Aok tengok ni(sambil menunjuk ke arah televisyen). Buat nasyid ke,berzikir ke apa ke. Dapat jugak pahala kalau ada orang mengikut."


Gua diam je. Sunyi. Sambil memperbetulkan kedudukan gitar dan amp gua off. Gua termenung jauh sampai ke Muzium Pekan.

***

11 Mar 2015

KARKAS #67: ATAN IS A PANG ROKER

Atan seorang budak paling rokes di hujung kampung. Setiap hari lepak bermain gitar kat pondok tepi tali air dengan imej rock.  Dari kaki hingga ke leher semuanya menepati ciri-ciri seorang rokes. Rambut je tak sebab atan masih bersekolah,darjah 5. Cikgu disiplin suka buat spotcheck rambut. Harini atan mahu keluar ke bandar dengan memakai kasut yang baru dibelinya dua minggu lepas,konves.

"Meleleh air liur kala bebudak ni tengak. Kompen diorang jeles." Atan tersengih seorang diri sambil mengeluarkan kasut barunya dari kotak.

***

"Abang.. boleh tolong orang tak?"

"Amende? Tak nampak ke koi tgh busy ni."

"Hmm. Tolong ikat tali kasut boleh tak?"

"Ah gampang. Rokes takkan tak reti ikat tali kasut."

"Mane reti,org gi sekolah pakai kasut siat je. Tolonglah. Malu orang kala bebudak lain tahu orang tak reti ikat tali kasut. Cepatlah."

***

KARKAS #40: KAWAN PENULIS

"Wei,ni buku kawan aku ni" kata Padil kepada aku. Aku membelek 2-3 buku yang  kawan aku tunjuk tadi. Buku berjudul Lumat,cerpen terbaik 2014 dan satu lagi aku tak tahu apa tajuk dia. Nama penulis jasad,bob dan abul tertulis pada kulit muka hadapan.

"Power ni. Power ni. Cover cantik ni mesti isi pun cantik. Tunggu apa lagi belilah. Alang palang penulis tu ada kat sini. Boleh dapatkan tandatangan kawan kau tu." Aku mula mengatur langkah. Padil mengangguk tanda setuju.

"Wei,kenal aku tak? Power laa korang keluar buku dah sekarang. Femes laa tak lama lagi,no. telefon makwe jangan makan sorang! Kongsi-kongsi laaa." Padil mula menyapa. Steady. Gaya macam dah lama kenal.

Tetapi aku lihat air muka abul bob dan jasad kehairanan. Seperti langsung tidak mengenali mamat tersebut. Tapi senyuman tetap diberi. Padil cover malu dan cepat cepat blah.

"Kampit patutlah tak kenal aku. Kami mana pernah jumpa. Borak pun kat wasep cmne nak kenal." Bebel Padil seorang diri sambil menunjuk group wasep Geng Buku pada telefon pintar dia. Aku cuma mendiamkan diri aja. Kadang kadang aku suruh dia sabar sambil menepuk bahu.

***

KARKAS #34: MIMPIKAH

Lebih dari 20 orang berkumpul satu meja. Pok dan kaklong sebagai incas mula berucap sepatah dua. Cafe bergema dengan tepukan para hadirin. Kugiran fauzan mula meriahkan suasana. Lagu apa ntah aku tak tahu tajuk apa tapi lirik dia berbunyi

"Im searching for perfect song,hope u can sing along." *aku pakai hentam je. Sory fauzan kalau salah. Kahkahkah

 Suasana semakin hangat. Makanan pun sedap. Yang dari pahang datang,dri johor pun ada. Bob yang dari serawak sanggup turun. Abul terus tido selepas makan keletihan kerna baru pulang dari kerja. Jasad tersengih menahan kelaparan sebab lambat datang. Ada yang riuh,ada yang tiba-tiba jadi pendiam pun ada. Padahal dalam group wasep dia lah riuh sekali. Meriah betul. Aku senyum sendiri. Macam ni laa rupanya Gatehring Geng Buku. Patutlah Pok beria ajak jumpa.

Subuh gajah aku pagi tu. Sedap dibuai mimpi.

***

Margolas: Padil Rocha

KARKAS #16: ROUNDABOUT

Satu roundabout ada empat simpang. Dan aku masih berpusing kat roundabout. Dan terus berpusing.

"Simpang mana satu ni nak masuk. Setan!!! Reply lah whatsapp woi."



***

Margolas: Padil Rocha