Aku merapati satu tubuh yang terbujur kaku, "Sayang,
hari ini kita akan bersatu. Kita akan bersama buat selamanya. Sebati menjadi
satu macam janji kita dulu."
Romannya yang cantik aku tatap dalam-dalam hingga aku boleh
hafal setiap lekuk garis yang terlukis. Cantiknya dia, acapkali memetik suiz
nafsuku namun tubuhnya tidak sekali aku jamah tanpa izin.
Aku bukanlah lemah, cuma aku takut pada kehilangan. Pasti
celaru hidupku tanpa dia, jadi demi sayang yang sangat mendalam aku tekad untuk
menyimpan dia terus untuk aku dan hidup dalam seorang aku.
Dia telah aku tidurkan selepas selesai kami menikmati
makanan malam. Sengaja aku masakan makanan yang paling dia sukai agar dia gembira.
Minuman istimewa, jus epal bercampur racun tikus aku hidang sebagai penutup
makan malam.
Usai racun itu bertindak, tugas aku pula bermula. Sedikit
demi sedikit dagingnya aku kunyah dan telan. Darahnya aku hirup penuh nikmat.
Aku terus mengunyah tanpa henti.
Padat. Perut aku sedikit membuncit, berjaya juga aku
menghabiskan tubuh kekasihku. Enak dan manis rasa dagingnya mungkin kerana itu
sebenarnya rasa kasih sayang kami.
Aku senyum sendiri seraya meraba-raba seluruh pelusuk
tubuhku. "Sayang, kini kau ada dalam darahku, juga dalam dagingku. Tiada
siapa akan pisahkan lagi. Hahaha"
***
No comments:
Post a Comment