Nora hanya memerhatikan sahaja, daun-daun yang gugur dari pohon. Matanya tak mampu lagi menahan air yang bertakung lantas pecah lalu jatuh ke pipi.
Kesedihan itu tak mampu ditahan, mahu bercerita tapi malu itu seringkali mengunci mulutnya. Entah bila, masalahnya harus terus dipikul sendiri.
Matanya masih tertumpu pada daun yang gugur.
"Nasib kita sama pokok, kau keguguran daun dan aku keguguran rambut." Bisik hati Nora.
***
Margolas: Monsieur Jasad
No comments:
Post a Comment