"Mana boleh macam ni!" Bentak Adi dengan wajah menyinga. Kembang kempis hidungnya dengan mata tajam menikam wajah Radhi yang tampak terpinga-pinga.
"Dah tu? Nak macam mana?" Soal Radhi sambil menggaru-garu kepalanya.
Dolah di atas sofa sedang ralit dengan iPhone yang baru dibelinya semalam hasil titik peluh dia yang mengikat perut selama lima bulan.
"Bak sini." Adi menepis tangan Radhi sebelum menarik bungkusan putih itu rapat ke arahnya.
Radhi hanya membiarkan tindakan Adi tanpa bersuara. Dia malas hendak bertekak dengan Adi memandangkan dia tahu yang Adi akan tetap mahu menang biar pun ternyata dia salah.
"Kau kena bahagi macam ni." Adi mula mengagih-agihkan isi di dalam bungkusan putih itu. "Nampak tak?" Soal Adi sambil memandang wajah Radhi.
Radhi hanya mengangguk. Malas nak cakap lebih-lebih biar pun dia tidak bersetuju dengan cara Adi mengagihkan isi di dalam bungkusan putih itu.
Dolah melirik sekilas ke arah dua orang kawannya. "Woi, tak habis lagi ke?" Dia yang berbaring di atas sofa sudah pun beralih tempat bersebelahan Adi.
"Sabarlah kejap."
"Cepatlah! Aku lapar. Nak agihkan ayam KFC tu pun berjam ke?" Dolah meninggikan suaranya. Berang.
"Sabarlah!"
***
Margolas: Pitachi Pitak
No comments:
Post a Comment