Aku memandang lama mesej yang diterima setengah jam yang
lepas. Aku mendengus perlahan tiap kali membaca patah-patah perkataan yang
tertera pada skrin telefon pintarku.
Dari bersila, aku melunjurkan kaki yang terasa kebas. Tangan
kiri mencapai getah rambut pink di atas meja lalu mengikat tinggi rambutku.
"Entah apa-apa." Omelku perlahan dengan bibir
terjuih apabila terkenangkan mesej tadi. Naik meremang juga bulu romaku.
Selesai rambut aku ikat, aku menggeliat sebelum telingaku
menangkap bunyi nada dering telefon pintarku. Aku menoleh sekilas telefon
pintar yang terdampar di atas bantal.
"Dia ni lagi!" Aku mengetap gigiku. Boleh jadi
gila tengok nama yang sama setiap hari.
Dalam keterpaksaan, aku menjawab juga panggilan tersebut.
"Sayangggggg"
"Kau nak apa lagi setan? Aku tak nak kat kau dah. Sila
move on. Bye."
Tanpa pamit, aku terus menamatkan panggilab tersebut.
Telefon pintar aku hempas ke bantal.
Esok, aku bakal diganggu lagi oleh ex aku yang gila.
***
No comments:
Post a Comment