Aku dah lama perhatikan mamat ni. Ada lah dekat setengah tahun. Selalu naik bas ni dari perhentian awal, turun kat perhentian akhir.
Jap, kau orang mesti pelik kenapa aku usha pelik mamat ni. Aku jantan okey. Jantan tulen. Walaupun kerja aku konduktor bas mini Kuala Lumpur (sekarang dah tiada. Rugi lah anak anak muda kini tak sempat merasa), tapi tak bermakna aku ni songsang sisi ke songsang sipi. Aku tegak lagi.
Okey, balik pada point pasal mamat ni, aku usha dia bukan sebab dia naik bas dari perhentian awal sampai perhentian akhir, tapi sebab dia memang pelik. Bayangkan dia naik bas dengan sepersalinan busana Melayu asli. Siap bertanjak bagai. Ah sial, memang pelik lah!
"Bang, harini berapa haribulan?"
Mamat pelik tu tiba tiba tegur aku. Aku terkesima sekejap.
Er.. 24 Ogos. Kenapa bro?" Aku mula perasan riak wajah mamat ni berubah.
"Bang, hari ni lah bang, pada tahun lepas isteri saya dibunuh bang. Dalam bas ni."
"Okey, lepas tu?" aku tanya dia balik.
"Lama dah saya tunggu waktu ni bang. Saya nak selamatkan isteri saya bang. Saya mesti dapat selamatkan dia."
"Abis kau ingat bas ni mesin masa ke?"
Perlahan lahan dia berundur, dan terjun tingkap bas.
***
No comments:
Post a Comment