Dia membelek-belek wajah di hadapan cermin. Sebiji botol
alas bedak muka jenama Maybelline dikeluarkan dari bekas berupa kotak pensil.
Botol dipicit sedikit lalu diratakan isinya serata muka. Lagu All of Me mengisi
ruang bilik usai menyapu bedak juga dari jenama yang sama. Lagu yang hanya disetkan untuk seseorang yang istimewa
terus berbunyi kuat. Terkocoh-kocoh
dia menjawab panggilan dari buah hati.
“Hello b”
“Hai sayang, dah siap? I dah dekat depan rumah you ni”
Baru pakai bedak oi
baru pakai bedak! Alamak!
“Boleh kasi I 5 minit tak? Sorry, I baru nak siap ni”
Dia merengek kecil. Telefon bimbit dikepit di antara telinga
dan bahu. Tangannya pantas mencari pemerah bibir di atas meja. Targetnya cuma
satu, tamat sahaja panggilan, lipstick adalah
benda terakhir disapu di bibir.
“Jangan lama sangat, I pasang timer ni” Lelaki di hujung
talian memberi amaran.
Telefon bimbit dicampak atas katil setelah mematikan talian.
Sepantas kilat dia memakai lipstick yang
dipegang sedari tadi. Dikemam-kemam bibirnya bagi meratakan isi gincu ke serata
bibir. Beg sandang berwarna coklat dicapai. Cepat-cepat disarung kasut dan
menuju ke arah kereta Ford yang sedia menanti.
“Comel”
Kata-kata lelaki di sebelahnya membuatkan dahinya berkerut. Pakai bedak dengan lipstick je pun, comel
apanya? Dia menoleh ke sisi. Lelaki itu tersengih.
“Comel lah tu pakai lipstick comot sebelah” Lelaki itu
ketawa besar.
Dia membulatkan mata. Dicari cermin sisi untuk memastikan ayat
lelaki tersebut. Ternyata ada secalit lipstick
di atas hujung kanan bibirnya melebihi paras. Dengan malu, dia memadam seluruh
gincu dibibirnya menggunakan tisu. Masa
nak date lah buat perangai kan.
“Tak payahlah pakai lipstick lagi lain kali. Dah cukup lawa
dah you pada mata I”
Cis. Malu lagi gua.
Giliran dia tersengih.
***
No comments:
Post a Comment