Sekeping nota ringkas bertulis MATI. Aku tampal di cermin
gerobok aku. Agar aku sentiasa ingat MATI. Kerana MATI punya signifikasi
sendiri. Signifikasi aku dan kau. Juga mereka. Juga dia. Yang aku simpan-semat
dalam hati, tiap-tiap hari.
MATI.
Mungkin hari ini. Mungkin juga sebentar lagi.
Sabarlah menanti MATI. Kerana ia sudah pasti.
***
No comments:
Post a Comment