Petang isnin yang panas ini sama sahaja macam petang isnin yang lepas, dimana aku masih lagi ada luka di sepanjang kaki kanan dan barangkali mencecah ke hati aku yang dah lama mereput dek kerana wanita. Yang membezakan petang Isnin kali ini ialah aku berada di rumah berbanding petang Isnin lepas dimana aku berada di Hospital Besar Batu Pahat. Tapi, ada beza, ada sama, pun tak ada guna rasanya bila sebilangan nikmat dunia dah tak dapat nak aku rasa; berlari salah satu nya. Jadi petang Isnin kali ni, aku masih lagi malas seperti petang Isnin yang lepas, aku nak berbaring sepanjang hari sambil layan COC dan group whatsapp baru.
***
No comments:
Post a Comment