11 Mar 2015

KARKAS #37: PENGAWAL KESELAMATAN

Terkocoh-kocoh Ena mencari pakir kosong dan berlari anak ke kaunter pengawal keselamatan.

"Jalan Malikai 23"
"Ada urusan apa ya?"
"Nak pergi hantar dokumen dekat dalam"
"Tapi dah lewat nie, awak tahu kan procedure?"
"Saya tahu, masalahnya saya perlu masuk untuk hantar dokumen nie sebelum jam 5petang"

Ena melihat raut wajah pengawal keselamatan itu dengan harapan dia memberi sedikit belas ehsan kepadanya untuk dibenarkan masuk ke dalam limbungan tempatnya bekerja.

"E-pass ada?" Soal pengawal keselamatan
"Dalam kereta, kena ambil jugak ke?"
"Itukan prosedur juga" sinis pengawal keselamatan lagi.
"Kejap lah, saya ambil." Ena berlalu ke tempat pakir kereta dan mencari pass yang dimaksudkan oleh pengawal keselamatan tadi.
"Damn, tercicir!." getus Ena lagi.
Dengan perasaan sedikit hampa, dia mendapatkan pengawal keselamatan tadi dan memberitahu dia tercicir pass masuk.

"Kalau macam itu, saya tak benarkan awak masuk." Tegas pengawal keselamatan itu.
"Encik, saya pun kalau boleh tak mahu masuk yard, sebab dah lewat, tapi saya terpaksa. Lagipun kalau ikut prosedur, tiada E-pass tapi saya masih boleh masuk dalam dengan adanya pass visitor dari pihak Encik." Panjang lebar huraian Ena, ada sedikit kekecewaan disitu.
"Lagipun kat luar nie panas dengan muka saya yang dah berminyak sebakul nie..."

Pengawal keselamatan tersebut akhirnya memberi pass masuk kepada Ena dengan senyum sinis.

Ena berlalu dan dia disapa seorang pengawal keselamatan berdekatan tempat pakirnya.

"Dia tu memang berlagak sikit, semua benda nak kena ikut prosedur, orang lain masih boleh tolak ansur lagi." Panjang lebar pengawal keselamatan itu bercerita.
"Nak buat macam mana bang, kalau kita cakap lebih karang dia cakap kita melawan, lagipun dia akan cakap "saya hanya menjalankan tugas sahaja"" Ena berlalu dan meneruskan tugasnya sebagai runner.

***

Margolas: Awin Rasputin

No comments:

Post a Comment