Showing posts with label Helmie Vanko. Show all posts
Showing posts with label Helmie Vanko. Show all posts

24 Mar 2015

KARKAS #128: DRAMA SNAKEHEAD GERGASI

Sudah 2 minggu aku 'kumpau' dengan Padil. Jiwa aku tak tenteram. Deruan arus Sungai Riau selalu masuk dalam mimpiku. Aku pasti Padil turut memimpikan Sungai Riau juga. Kami berdua 2 minggu tewas disitu. Esok aku harap akan Strike untuk renew 'lesen' dari bulan lepas. Masalah 'kumpau' memang tak mampu kami bendung. Padil lesu macam ayam berak kapur. 'Mama' yang selalu digembar-gemburkan pemancing handalan sudah patah-duakan Rod Abu Vengeance Padil. Serentak mematahkan hatinya sehingga lesu. Aku bertekad dengan Padil akan Strike esok.

Anak keli dan segala senjata kami dah siapkan. Tinggal mulut comel 'Mama' sahaja yang perlu meragut rakus anak keli yang menggedik manja mengumpan nafsu 'Mama'. Sepatah haram perkataan tiada dikeluarkan oleh aku dengan Padil. hanya letupan kecil cengkih rokok Gudang Garam sahaja yang kedengaran.

"Kurfffff"

Sambaran pertama kedengaran. Drag menjerit minta dikunci. Tangsi sudah kekiri dan kekanan. Rokok dimulut aku ludah ke tanah. Satu sentapan maha padu aku lakukan. Berdebar jantung aku macam nak roboh. Padil laju menaikkan umpan takut berbelit tangsi aku dengan dia nanti.

"Naharam ni kuat gila babi." Omel aku sendirian.

Padil senyum sambil bola matanya bulat memerhati tangsi.

Pinggang aku mulai berdenyut. sudah 5 minit aku bergelut. 'Mama' tetap belum mahu menyerah. Padil aku lihat sudah sedia dengan Gripfish di tangan. Perlahan aku memujuk 'Mama' supaya hampir ke tebing. Aku hanya mampu berdoa supaya tangsi aku tak meletup. Kalau meletup kemarau 'kumpau' berlanjutan.

Akhirnya,hasil aku turun ke dalam air. 'Mama' 8kg berjaya aku naikkan. Airmata aku macam nak mengalir. Padil berpaling. Aku tahu dia menangis dalam kegembiraan,cuma malu nak berkongsi dengan aku. Kemarau 'kumpau' dan lesen untuk bulan ini dah berjaya kami langsaikan.

*WeAreSnakeheadHunters

*** 

11 Mar 2015

KARKAS #87: GILA KE APA?

Semalam hari paling gila buat aku. Motor habis minyak tengah malam dekat hutan. Nyaris kena sapu dengan kereta lepas beli rokok John dekat Pasar Besar Kuantan. Bun kawan baik aku kena shoot dengan tepat baik dekat mata kiri sebab dia tunjuk Hero depan makwe. Apa masalah entah yang racing dalam otak aku ni? Aku rasa macam makin makin sensitive. Nak kata period,mustahil jantan period.

Aku ni.
Gila ke apa?

*Untuk umat manusia yang selalu rasa macam tak ada arah. Jawapan dia dekat tikar sejadah.

***

KARKAS #79: INI MALAM KITA PUNYA KE?

Jam sudah 0900. Masih awal untuk aku thumbprint balik. Otak aku menerawang tak tentu hala. Page HM,Sukan Star mahupun Tok Gajah.com asyik aku lihat. Rasa gementar,sejuk,tak sabar semua ada. Gelepar betul aku pagi ini. Aku syak orang sudah ramai di perkarangan stadium. Semuanya nak beli tiket. Aku masih tiada tiket mungkin petang nanti baru dibeli. Itupun kalau masih ada. Ini yang buat aku risau sebenarnya. Perlawanan pasukan kesayangan bertemu Global Fc dari Filipina untuk liga Afc di laman sendiri. Aku catitkan hari ini hari istimewa dalam sejarah hidup aku. Mana mungkin peminat bolasepak tegar macam aku tak labur RM12 untuk satu tiket perlawanan ini. JDT sudah menang semalam hasil goal dari Asra pada saat akhir perlawanan mereka. Hari ini giliran kami. Moga menang besar.

Telefon di meja kerja aku berdering.
"Hello,Ye boss." kata aku.
"Awak kena stay sampai malam hari ini. No excuse. Staff petang ramai MC." Suara Boss aku dengar jelas.

"Gampang!!".
Mati akal aku. Rosak harapan aku. Punah semuanya punah.

Hogoh Pahang Hogoh.
Majulah sukan untuk aku.

***

KARKAS #76: ORGANIK

Jari serta merta menari gila seolah wanita sedang menari tarian balad sambil hidung dijamahi bauan organik dunia ciptaan Tuhan.

"Woi, cepatlah habiskan air tu ! Kalau tak nak, buang je air dia, aku nak 'operate' botol dia ni" sergah Iwan pada Nazih yang leka bermain gunting besi di dalam lipatan keratan surat khabar lama.

Kemudian berlari anak Iwan ke luar rumahnya tidak berselipar, tidak pula berbaju dan dalam pekat malam, dia mematahkan satu batang tangkai daun betik untuk diolah walhal dia bukan ahli rekacipta sekolah yang kreatif mahupun produktif.

Lalu dengan sepantas kilat Nazih mengolah botol dan batang betik itu menjadi karya agung untuk menemani mereka sepanjang malam akan datang. Lantas bersenandunglah otak mereka sepanjang malam ditambah senyum kambing tidak putus.

***

KARKAS #75: PAKU

"Ko pegang tangan dia Mat. Dekatkan ke pokok tu." kata Abang Long.
"Nak nak buat apa ni?" wajah Ajai pucat.
jelas kelihatan paku 3 inci diambil dengan sebatang tukul.

Pakkkk!

"Allahuakbarr!!! Bang,sakit bang." jerit Ajai.
"Lepasni kalau aku dengar ada rumah kena pecah. Aku cari kau. Aku tak kira walau bukan kau yang masuk rumah tu!" Nada amarah Abang Long pekat dan padu.
Sepekat merah darah Ajai yang menitis dari paku.

***