"Man, lori depan tu Maannn!!!"
Farhan menjerit kuat di sebelahku. Aku yang sedari tadi
asyik membelek 'handphone' di tangan kiri semasa memandu dengan pantas
mengalihkan tumpuan ke hadapan semula. Kelihatan lori besar seberat 5 tan di
hadapan sedang meninggikan lampunya. Stering kereta aku putarkan ke kiri dengan
kedua-dua tangan selepas 'handphone' yang kupegang tadi aku campakkan ke sisi,
cuba mengelak dari bertembung lori di hadapan kami.
HOONNNNNNN!!!
SKREEETTTTCCHHH...
"Aaarrghhhh!!!!"
BAMMM!!
Itu bunyi terakhir yang sempat di tangkap telingaku sebelum
segalanya kelam dan semakin gelap.
"Woi Man, bangunlah!"
Aku tersentak. Mata dibuka pantas. Aku menoleh ke kanan,
kelihatan Farhan sedang memandangku dengan ekspresi wajah pelik. Tangan Farhan
di bahuku, menggoncang-goncang sedikit tubuhku. Melihatkan aku tersedar, Farhan
segera mengalihkan tumpuannya ke jalan raya. Tangan Farhan yang memegang bahuku
segera dipautkan kembali ke stering kereta.
"Apahal kau?" soal Farhan.
"Mimpi boh. Ambo mimpi ngeri."
"Mu mimpi gapo dio?"
Farhan menoleh ke arahku, meminta kepastian agaknya. Aku
yang masih mamai menggosok-gosok mata, menoleh ke arah Farhan, lalu memandang
ke hadapan.
"Woi, lori depan tu!"Aku menjerit ke arah Farhan.
HOONNNNNN!!!!
Farhan menoleh semula ke depan. Dia menggelabah dan dengan
pantas cuba mengelakkan kereta kami dari dilanggar lori. Aku memejamkan mata
dan bertakbir sekuat hati, sebelum segalanya gelap.
" Astagfirullahal Adzim!"
Aku terbangkit dari lena. Ah, mimpi lagi. Aku menoleh ke
kanan dan ke kiri. Masih di dalam kereta, yang aku pandu. Tiada watak Farhan di
sebelahku. Tanganku di stering menggenggam kuat dan berpeluh. Terasa wajahku
juga pucat dan basah. Memang menakutkan. Kereta kupandu perlahan... Sebentar!
Aku memandu kereta?
HHOOONNNNN!!!!!!
BAMMMM!!!!
***
No comments:
Post a Comment