"Kenapa muka masam je tu?" Tegur Bidin yang baru sahaja melabuhkan punggungnya.
"Takde papelah." Balas Mia monotoni. Perasaan sebal masih lagi menggunung.
"Fasal semalam ke ni?" Bidin menebak sambil menolak cawan kertas berisi jus oren ke arah Mia.
Mia mencebik. Dah tahu lagi tanya! Getus Mia geram. Wajah Bidin langsung tidak dipandang. Sakit hatinya masih bersisa.
"Sorrylah."
"Hmm."
"Mia..."
"Hmm."
Bidin menggaru kepalanya yang tak gatal. Dah habis idea nak memujuk perempuan di hadapannya. Tak pernah-pernah Mia merajuk selama itu.
"Mia..."
"Apa?"
Bidin menghela perlahan. "Yelah, nanti kita pergi stadium tengok bola sesama."
Automatik Mia menarik senyuman segaris.
"Macam tulah."
Bidin senyum nipis. Nasib baiklah aku sayang kau, Mia.
Ah, takde tajuk. Nanti Pok bising.
Bidin

***
No comments:
Post a Comment