Esok cuti sekolah, jadi malam ni ramai budak budak keluar
bermain di sekitar lorong lorong kawasan perumahan. Bagusnya budak budak ni,
dia orang main permainan tradisional, macam acah galah, polis entri wan tu
jaga(aku tak tahu eja), sorok sorok, dan permainan lejen, baling selipar.
Jadi pada malam tu mereka memutuskan untuk main baling
selipar dan sesi pembahagian 'team' pun terbentuk. Senang je dia orang ni
bahagi, lorong 7 lawan 'team' lorong 5.
Permainan pun berlangsung, dan sampai ke giliran si raja
kampung membaling selipar untuk merobohkan bangunan tiga selipar bagi
menandakan permainan akan bermula.
Kecepesssss! Roboh bangunan tiga selipar tu dan mereka
bertaburan berlari, 'team' musuh akan membaling selipar pada pihak lawan bagi
mengeluarkan mereka dari permainan.
Saat Ali membaling seliparnya ke arah Leman, lantas terdiam
sukma semuanya kerana jeritan Leman
"Adoii !!!!! Sakit la gilee ! Agak agak la main baling
selipar guna terompah kayu pulak ! Kau tahu sakit tak ?! Akai tak dak!"
Leman lantas menangis pulang dan Ali dikeroyok ramai.
***
No comments:
Post a Comment