11 Mar 2015

KARKAS #7: PERABUT SERABUT

Pak Jumad seorang tukang yg mahsyur di Kampung Geliga. Kemahsyurannya bukan sahaja di kampung, malah menusuk ke pinggir kota raya. Perabut tukangan beliau kini dieksport ke negara-negara Amerika Latin yg dilanda musim panas membahang. Kadang-kadang ada pergaduhan antara kaum untuk memiliki perabut Pak Jumad, hingga ada yg sanggup korbankan anak dara. Ada juga yg sanggup bunuh diri kerana terlepas pesanan atas talian di blogspot Pak Jumad. Ada pun begitu, tak seorang pun dapat meniru teknik tukangan beliau yg berjaya menghasilkan perabut bewarna putih; menyejuk ketika panas dan semakin mendingin ketika sejuk.

Seekor babi yg boleh bercakap di Kampung Geliga sering dipersoal oleh orang kampung. Babi ni bukannya apa, cuma dia setia menemani Pak Jumad memburu bahan mentah tukangan di hutan. Pak Jumad jarang ke pekan, tetapi babi ini yg sering ke pekan membeli barang-barang seperti tali guni dan paku. Nama babi itu ialah Margolas dan Pak 
Jumad mendapat nama itu daripada nama salah seorang pelanggan beliau dari Mexico yang avatar twitternya seakan babi mengawan dengan lembu. 

Atan, selaku ketua belia kampung sangat cemburu atas kejayaan Pak Jumad. Lalu dirancang satu taktik pembunuhan besar-besaran jika babi itu tidak berkata-kata tentang resipi perabut Pak 
Jumad. Sedang Margolas membeli-belah, diterjahnya sekumpulan belia diketuao Atan di celahan lorong kedai-kedai lama.

"Margolas!"
"Ihokk.. Ihokk.."
"Apa resipi perabut putih Pak 
Jumad? Cakap! Atau mati!"
"Ihokk.. Ihokk.."
"Kau cakap apa? Aku tak faham lah babi!"

Datang seorang orang tua, berbaju pagoda dan berkain batik, mahu menjadi adiwira melerai hooligan-hooligan kampung.

"Atan... ya?"
"Ye aku Atan! Kau ni siapa orang tua?"
"Aku Pak 
Jumad. Ni Margolas ni babi. Kenapa tanya babi? Aku pakai ini untuk buat perabot." Sambil jari telunjuknya menunjukkan jongkong pipih berwarna putih.

Atan dan kawan-kawan menjerit. Ada yg menangis. Ada yg jerut diri dengan rantai basikal. Ada juga yg lari bertempiaran macam Margolas lari lalu melanggar meja-meja Mahjong di kedai sebelah.

"Margolas, apasal kau berlagak sangat tadi babi? Ckp je lah dgn mereka..."
"Kalau aku ckp kau pakai tulang manusia buat perabut, nanti bisnes kita habis terganggu. Kau tu yang babi."

Pak 
Jumad pun berjalan beriringan dgn Margolas menuju ke kafe siber untuk update blog.

***

Margolas: Pok Pok Kuzawa

No comments:

Post a Comment