10 Mar 2015

KARKAS #1: HELLO HATI

Karim berjalan berseorangan di tepi hentian bas. Memang di Tangkak ini hanya ada satu hentian bas. Beliau tahu Sidek akan menjemput beliau. Sidek adalah rakan serumahnya. Tidur sama-sama. Makan sama-sama, dan selalunya Sidek tidur lewat. Kadang-kadang Karim mengigau ada orang merogolnya, dan Sidek lah yg akan menenangkan beliau semula untuk kembali tidur. Maklumlah, rumah sewa hanya ada 1 bilik. Sedang beliau memerhatikan jam Casio di tangan yg menunjukkan pukul 5.45pm, ada seorang gadis remaja ala-ala hiphop merapati beliau dalam senyap-senyap. 

Karim pura-pura mengendahkan gadis itu. Namun ia gagal kerana kemaluannya mula mengeras sekeras selaras senapang gajah dek sentuhan dada gadis tadi dari belakang, secara perlahan. 

"Abang, tumpang tanya.."

Dalam keadaan hentian bas yg semakin sunyi, Karim semakin memberanikan diri berfantasi. Sebelum itu, dia menggaraukan anak tekak lalu membalas,

"Ye awak? Ada apa ya?"

Sempat juga beliau curi-curi melihat zipper seluar jeans agar tak nampak terlalu keterlaluan ekspresi ereksi yg mengejut. 

"Abang, public phone kat sini ada satu je. Tu pun rosak. Boleh sy pinjam telefon abang?"
"Oh, boleh. Apa salahnya."

Karim semakin berani dalam gusar. Mana tidaknya, kredit beliau hanya berbaki RM1.53. Dia menyumpah seranah di dalam hati mengutuk sykt telco MAXIS yg telah merompak kredit beliau ketika berhibur dgn YouTube menonton episod Running Man kegemarannya; tapi beliau juga hairan mengapa beliau masih setia dgn talian itu. 

Selesai menelefon, gadis kembali memulangkan telefon Karim. Dia memberitahu Karim namanya Kamelia dan tinggal di Asahan. Masing-masing berwatakan gembira kerana berpuas hati dgn servis yg diberikan. Nikmat express yang tak mungkin dilupakan Karim. 

Kamelia berlalu pergi. Karim kini menyesal sambil menyepak-nyepak tin Coca-Cola di hadapannya. Diangkat tin itu, lalu disepak lagi. Kredit berbaki RM0 dan dia masih belum menghubungi Sidek. Sidek biasanya akan menjemput Karim pulang dari kerja di hentian bas. Karim bingung lalu menyalakan sebatang rokok. Lebih sakit hati, itulah rokok yg dikutip dari celahan tin Coca-Cola tadi. 

Karim terpandang satu pondok telefon awam. Beliau tahu bahawa telefon itu dikatakan rosak oleh Kamelia. Beliau persetakan Kamelia lalu melangkah ke pondok tersebut. Gagang diangkat, berbunyi. Dimasukkan syiling dan mula mendail.

0
1
2
4
5
9
8
7
4
4

"Sidek! Aku dah habis kerja. Mana kau?"
"Kejap lagi aku sampai lah."

Selang beberapa minit, kereta Sidek pun diberhentikan betul-betul di tepi Karim. 

"Apa yang kau lam...."

Ayat Karim terhenti. Dilihatnya Kamelia di dalam kereta, memandu, berseorangan. 

"Eh..awak..camel. Eh.. Kamelia. Mengapa awak boleh pandu kereta Sidek?" 

"Karim, aku nak beritahu yg aku baru buat pembedahan plastik muda dan tanam implan kat tetek. Tapi aku segan. Selamat tinggal Karim." 

Karim mencari-mencari sudut gelap di hentian bas sambil meraba-raba poketnya. Berpeluh-peluh kemudian menyandarkan diri di belakang tandas wanita. 

Beliau keesokannya dilaporkan mati dengan ditemui lighter dan telefon tersangkut di rongga leher.

***

Margolas: Pok Pok Kuzawa 

No comments:

Post a Comment