Sejak kerusi kosong di meja hadapan aku telah diduduki, aku telah terjatuhkan pen, terbangkan kertas. Mengeluh sebab tersalah taip sebanyak sepuluh kali dan sekarang aku telah menarik perhatian lelaki di meja hadapan ini. Bodoh! Aku tak mahu dia memandang aku dan melihat buruknya rupa aku menyiapkan kerja pada minit terakhir!
Microsoft word yang masih putih skrinnya aku pandang sepi. Secawan kopi berasap nipis di sudut kanan sudah tiga kali bertukar cawan dan disebelahnya telefon bimbit yang asyik berbunyi datang dari group whatsapp ‘KarKas’. Kurang dari satu jam, aku perlu menghantar certot kepada Karkas, Lewat satu minit dari waktu yang ditetapkan, aku akan ‘ditendang’ keluar dari group. Ditendang keluar selama-lamanya!
Urat-urat kepala semakin berselirat. Akal aku cuba mengaitkan suatu jalan cerita yang berkaitan dengan mangkuk tandas. Selingan bunyi yang datang dari telefon menambahkan tekanan.
“Mangkuk tandas.”
“Mangkuk tandas ini benar-benar menguji.”
“Mangkuk tandas menguji kesabaran.”
“Mangkuk....” *Notifikasi whatsapp group* “ayun, kau dah kenapa tak boleh senyap?” Kecik besar kecik besar je aku tengok handphone ni.
Aku memicit-micit kepala sambil membayangkan satu situasi di dalam tandas. Samar-samar aku melihat satu ‘jalan cerita’sedang terlayar di minda separuh sedar. *Notifikasi whatsapp group* Dan bayangan itu hilang.
Urgghhh... Telefon bimbit ini benar-benar menguji! Saat dia berbunyi untuk kesekian kalinya, aku celupkan terus dia dalam cawan kopi. Senyap. Tenang. Dan bayangan itu datang lagi.
Lima belas minit sebelum jam 10 malam, jari jemari aku lancar menari di atas papan kekunci, mencoretkan jalan cerita dari minda bawah sedar tentang mangkuk tandas yang benar-benar menguji dannnn... siap!
Satu minit sebelum 10 malam. Telefon bimbit dalam air kopi dah ‘mati’. “Nikhirimm... macammana aku nak send kat Karkas ni??!” Aku macam pacat yang terkena garam dan menunggu masa untuk mati.
Lelaki di meja hadapan memandang aku aneh.
No comments:
Post a Comment