Mentol kuning itu memancarkan cahaya syurga. Titis-titis peluh pada wajahnya bagai manik-manik emas. Rambutnya yang berombak, celaknya yang pekat, gincunya yang meranum merah bermain-main di celah kakiku- Aaahhhhh! Dia hebat, milikku, Cleopatra!
Aku memanggilnya Cleopatra kerana dia membuatku rasa seperti raja. Sentiasa akur menurut perintah.
Kelazatan jiwaku terganggu bila melodi lagu yang tidak aku kenali tiba-tiba menerjah gegendang. Cleopatra terhenti. Dia cepat-cepat menjawab panggilan dari telefon, meninggalkan aku yang hampir...tapi tidak kesampaian.
Tiba-tiba, katanya, "Sori! Aku ada emergency. Esok sambung."
"Tapi aku dah bayar untuk full servis!"
"Esok jelah!"
"Bagi duit aku balik, celaka!"
Imej-imej pelayaran berombak rakus yang memacu adrenalin kini hanya tinggal kapal yang karam di dasar lautan.
Cleopatra mengenakan kembali coli dan seluar dalam berendanya lalu bercekak pinggang.
"Esok." Tegas.
Api merebak dalam hati. Kebakaran. Aku merempit meredah hujan dari Shah Alam selepas waktu kerja ke Kuala Lumpur semata-mata untuk bertemu dengannya. Membayar mahar yang bukan calang tetapi kini ditinggalkan! Ditinggalkan!
Aku berdiri lalu memegang bahu Cleopatra. Genggamanku menguat.
"Apa pegang-pegang ni?", dia meronta.
"Habiskan!"
"Tak boleh, aku ada hal! Hal penting!"
"Aku dah bayar. Aku lebih penting! Kau kena habiskan!"
Aku tidak peduli. Aku perlukan penamat kepada perjalananku.
Kusut di kepalaku semakin berpintal-pintal. Celaka. Celaka. Celaka.
"Lepaskan akkk...." Mulutnya kutekup. Cleopatra meronta-ronta.
Aku tidak peduli. Aku perlukan penamat kepada perjalananku!
Dia terjatuh ke lantai dan aku naik ke atas badannya lalu menghimpit kuat. Cleopatra tidak dapat berganjak. Jejariku merentap seluar dalamnya sehingga koyak...aku mencari posisi...aku sudah bersedia...dan....
"Aaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh...aaaaaahhhhhhhhhhh....."
Mindaku terpecut melayang. Bintang. Ya, bintang-bintang berkelipan di belakang mata meraikan intensiti rasa.
"Babi!!! Kau ingat tempat ni bapak kau punya!", suara seorang lelaki menengking sebelum tumbukannya menyapa mukaku, menambah bilangan bintang-bintang itu.
"Jangan berani cari ayam sini lagi!" Ayat terakhir itu menjadi penutup sebelum satu tendangan tepat hinggap ke celah kelangkangku diikuti dengan benda keras ke badan, mungkin besi.
"Aduh, peritnya pundi kencing aku..." Itu sahaja perkara terakhir yang mampu kuingat sebelum tersedar di wad kecemasan Hospital Besar setelah ditemui berlumuran darah tidak sedarkan diri di kawasan pelacuran Jalan Alor.
"Maafkan Nur ayah, Nur kerja nak bayar hutang ayah tu, Nur lambat." Suara perempuan terisak-isak dari katil di sebelah kanan.
Celak dan gincu bibirnya comot, menghodohkan wajah. Tapi aku masih kenalinya. Aku antara pelanggan setia. Cleopatra sedang menangis di sisi satu jasad yang sudah diselubung selimut.
"Kesian, tak sempat jumpa bapak dia. Macam encik juga, kes pukul. Tapi bapak dia kena pukul dengan along." Jururawat yang sedang menambah air saline ke kantung IVku menawar cerita yang tak tertanya.
***
No comments:
Post a Comment