7 Nov 2015

KARKAS #206: CULIK

      Perodua Alza meluncur laju menuju ke jalan besar. Aku belum sempat menatap seraut wajah yang cantik dan indah ciptaan Tuhan. Ya, aku agak kecewa. 

      Aku masih menaruh secebis harapan yang esok masih ada. Esok dia akan kembali. Esok aku  dapat menatap wajahnya lagi. Esok, aku janji aku akan dapat tahu nama pemilik Perodua Alza tersebut. 

      Seminggu yang sungguh mengecewakan. Susuk tubuh si cantik itu masih belum kelihatan. Namun, aku masih berharap. Berharap. Terus berharap.       

       Selasa, dalam keadaan hujan masih renyai aku kembali ke butik. Semasa hendak parkir motosikal di tepi kaki lima, aku tergelincir  kerana selipar Esprit yang sudah haus. Lantas aku bangun dan berpura tiada apa-apa. Kebetulan juga, tiada sesiapa yang ternampak semasa aku tergelincir tadi.

Berderau darah aku apabila melihat si dia sedang membeli barang di dalam kedai. Aku nampak dia menoleh ke arah aku, sengaja aku hiraukan.

 Jujurnya, jantung aku berdegup pantas dan aku rindu untuk menatap wajah itu. Ya, aku sengaja melepaskan peluang di depan mata begitu sahaja. 

                ****

        Tugas syaitan memang suka menghasut manusia, lalu dengan kejamnya dia menghasut aku, maka terjadilah episod bersejarah dalam hidup aku.

   "Kenapa kau culik aku hah, gila?" Bentaknya garang. Aku senyum sinis sambil menatap bibirnya. Geram! 

   "Siapa suruh cantik sangat, geram je tengok." Aku senyum, sambil duduk bersila di hadapan dia. Jantung aku, kalau boleh tercabut, memang sudah lama tercabut. Adakah itu degupan cinta?    

  "Merepek apa, lepaskan aku lah...Ain!" Dia separa merayu.

    "Eh, you remember my name, I am amazed darling." Aku berbisik di telinga dia. Mujur tangan dia aku ikat ke belakang, dia tak mampu menepis. 

"Sebenarnya, I just wanna know your name, your status, your Instagram id also your phone number, so I could text you a morning wish everyday." Aku tahu aku gatal, dan gatal aku tak dapat dikawal lagi bila dunia kami gelap seketika. Bunyi  dengusan  kecil membuat aku kembali ke dunia nyata. Dia menangis!

Aku tergamam! 

Jahanam, aku tak patut buat dia menangis.

"Could you please let me go first?" Dia merayu. Ikatan di tangannya aku leraikan sepantas kilat. Lantas dia menyeka air matanya. Aku pula jadi kaku tiba-tiba. Rasa bersalah pula apabila buat orang yang kita suka menangis. 

   "Tadi tu..tak sengaja, iI'm so sorry." Okay, aku pula yang ketar lutut sekarang.

"It's okay" Dia genggam jemari aku. Lembutnya tangan Ya Tuhan!

"What?" Aku dengar, tapi aku sengaja tanya semula. 

"Takpe la." Dia pula macam cuba memujuk aku. Rasa  tak guna betul !  

   Samsung S4 bertukar tangan. Lepas aku masukkan kata laluan, dia menekan beberapa aplikasi di skrin telefon aku. 

"Okay, done." Dia menghulurkan telefon aku semula. "May I go now ?" Soalnya tenang. Dah tak nampak pucat macam tadi. 

"Sure..sure." Aku punya tahap keras macam batu, orang ketuk pun tak pecah. First time buat kerja-kerja macam ni beb!  

 "Thank you." Ucap dia. Aku membalas dengan senyum kelat. Langsung tak profesional lah aku ni. Lampu S4 aku berkelip, menandakan mesej masuk.

 "Hey, this is my number and don't forget to say it like you mean it, alright ?" 

"Btw, Sorry, I don't have an ig id."

'Damn you Sarah, you're mine now!' 

Walaupun tak berapa profesional, misi aku berjaya juga.

***

No comments:

Post a Comment