Rika baru sahaja menyandarkan tubuhnya selepas selesai mencuci tandas di biliknya.
***
''Bila nak belanja aku lagi? Aku laparlah.'' rengek Kudas.
''Asik aku je belanja kau. Kau tak malu ke gila?'' soal Rika.
''Nak malu apa? Hangin jugak aku dengan masalah kau yang tak habis-habis nak malu tak tentu kira ni. Dah la! Kau pemalu sangat kan? Bla lah! Jangan kawan dengan aku! Aku ni muka tadah malu je!'' jerit Kudas tanpa memikirkan keadaan sekitar yang sedang berbisik-bisik sinis tentang mereka berdua.
Tubir mata Rika berkaca. Belum pun dia sempat untuk mempertahankan dirinya, dia telah dihalau pergi. Kudas tidak pernah meninggikan suara kepadanya malah Kudas adalah tempat dia melepaskan perasaan yang bersarang dalan dirinya.
Rika berjalan perlahan menuju ke pondok bas berhampiran. Kebetulan 5 minit kemudian bas pun tiba.
''Bawah pokok besar depan Ghulam Rasul tu eah, uncle?'' kata Rika kepada pemandu bas tersebut.
''RM 1.50.'' sambil menyambut huluran tambang daripada Rika.
Rika terus mencari tempat duduk yang kosong. Dia buntu bagaimana untuk memujuk hati Kudas yang keras itu. Kebiasaannya, dia memang akan belanja Kudas tanpa banyak soal cuma hari ini niatnya mahu bergurau telah membuatkan Kudas memutuskan persahabatan dengannya.
Lamunannya terhenti sebaik saja bas itu berhenti di tempat yang telah dijanjikan bersama uncle tersebut. Uncle tersebut mengekori langkah Rika dari tempat duduknya dengan pandangan yang jelek.
''Chi sek! You aaa kalau mahu buang ha tunggu keluar dari bas wa lo! Itu tempat siapa mahu cuci?! Gila punya budak!'' jerkah pemandu bas tersebut sebaik sahaja dia menuruni tangga pertama itu.
''Sorry uncle! Saya tak tahan. Tak ada mangkuk tandas yang nak kawan dengan saya dah!'' serta merta Rika sebak memikirkan Kudas. Rika berlalu tanpa rasa bersalah sambil diperhatikan penumpang-penumpang yang sedang menahan bau keramatnya.
Setelah lima langkah dia berjalan, tiba-tiba sebelah kakinya terjelepok masuk ke dalam longkang. Terhincut-hincut dia berjalan pulang ke rumah. Setibanya di simpang rumah, seekor anjing gila mengejarnya dan dia hampir...
Rika tersedar dari lenanya. Dahinya berpeluh. Laju dia menujuk ke bilik air dan melabuhkan punggungnya di bibir mangkuk tandas walaupun dia tidah berasa mahu membuang hajat kecil atau besar.
''Terima kasih Rika sudi pujuk aku dengan punggungmu yang comel mulus!'' bisik Kudas kepada Rika setelah Rika menekan butang flush di bahagian dahi Kudas. Rika terpana melihat tindakan mangkuk tandasnya berkata-kata seperti dalam mimpinya sebentar tadi. Mulutnya ditutup, kepalanya digeleng-geleng perlahan dan senyumnya diukir sambil membisikkan semula ''sama-sama, Kudas.''
***
No comments:
Post a Comment