Tony baru sahaja melepaskan hajatnya di tandas awam sebentar tadi.
''Celaka betul teh ais mapley tu, buat gua rasa nak membuang je." Getus Tony kepada rakan karibnya, Azlan.
Mereka sudah jauh ketinggalan dari sekumpulan konvoi motosikal yang menuju ke arah utara. Tony kembali membonceng motosikal LC 125 miliknya. Dalam masa satu jam perjalanan, Tony kembali rasa tidak sedap badan. Perutnya memulas.
'Ah sudah, dia buat hal lagi.' Tony merungut dalam hati. Dia terus membonceng motosikal dalam had laju sederhana.
Kawasan di sekeliling hanyalah hutan tebal gelap yang diterangi lampu jalan kiri dan kanan. Tiada papan tanda yang kelihatan. Tony cuba menahan sambil mengurut penisnya.
'Eh fucklah.' Tony merungut geram.
"Kau kenapa bro?" Tanya Azlan bingung.
"Nak terkencing lagi bro, fucklah."
"Kau ada masalah pundi kencing ke apa ?" Soal Azlan.
"Pundek kau, ni kes teh ais tadi lah, aku sejuk." Rungutan Tony membuat Azlan tergelak besar.
Dalam perjalanan, Tony tidak senang duduk, seperti dia tidak mampu menahan kencing lagi. 'Ah peritnya pundi kencing ni, gua dah tak tahan siot' Jerit Tony dalam hati.
Dalam perjalanan, Tony ternampak sebuah pondok buruk di simpang jalan. Lantas dia membelok membuatkan rakannya kehairanan.
"Kau nak ke mana gila?" Tanya Azlan.
"Kencinglah, aku dah tak tahan ni!"
Azlan mengerutkan dahi, takkan Tony nak lepaskan hajatnya di tepi jalan. Getusnya.
Tony bergegas menuju ke pondok yang dia 'ternampak' tadi. Sesampainya di pondok tersebut, ada bau hancing yang sangat kuat menusuk hidung. Tony tidak menghiraukan bau tersebut. Perlahan dia menolak daun pintu pondok itu. Hampir nak termuntah apabila dia masuk ke dalamnya. 'Damn, mangkuk tandas ini benar - benar menguji gua, busuknya Ya Rabbi.' Rungut Tony.
Keesokan harinya, Tony demam akibat disampuk, mana tidaknya, pondok yang disangkanya tandas awam, rupa - rupanya jirat Cina yang telah lama terbiar.
***
No comments:
Post a Comment