Rony menyinsing baju Melayu sehingga ke pergelangan tangan. Api dinyalakan untuk membakar rokok yang bernilai RM17. Matanya meliar mencari mangsa yang seterusnya. Dia sanggup, demi menyahut cabaran rakan sekumpulan.
--------------
"Hello sayang, you kat mana ?" Kedengaran suara lunak perempuan yang dipancing sebulan yang lepas.
"Dengan kawan ni, i'll text you back, once i reach home." Talian dimatikan. Remy menjungkitkan bahu, tanda ingin tahu. Rony membalas dengan gelengan. Malas mahu melayan kembarnya. Espresso yang sudah lama sejuk, diteguk pantas.
"Settlekan Syasya tu cepat doh, sampai bila kau nak macam ni?" Remy menegur kembarnya, tegas.
"Aku tengah usaha lah ni, kau sabar boleh tak?" Suara dinaikkan satu oktaf.
"Mangsa kau yang sebelum ni, kau cekau cepat je, apasal kali ni susah sangat ?"
"Aku suka dia lah !" Akui Rony
"Bullshit ! Sejak bila kau suka perempuan ni ?" Bentak Remy geram. Azan maghrib berkumandang selepas mereka beredar dari kafe kopi Yahudi.
---------
Rony selalu mengurung diri di dalam bilik selepas tamat waktu kuliah. Hal ini membuatkan abang kembarnya risau. Sudah lama dia tidak merasa nikmat bersenggama. Seringkali dia ternampak adiknya tersenyum sendirian sambil menghadap telefon bimbit permberian Syasya. 'Aku kena selamatkan dia, buat cemarkan grup 'GAYDER' je, kalau dia betul jatuh hati ke Syasya' getusnya.
-----
"Kita putus." Rony melontarkan suara sejurus selepas mereka mengambil tempat masing - masing.
"You, dah jatuh cinta dengan i?" Syasya menduga. Dia cuba untuk berlagak cool dan rileks. Rony mengalihkan pandangannya ke arah pengunjung yang gemar melepak di kafe kopi Yahudi sehingga larut malam.
"You, dah tak boleh hidup tanpa i eh, haa?" Syasya mengusik lagi dengan nada sindiran di hujungnya.
"Jangan merepeklah, i rasa kita dah tak sehaluan." Terang Rony tangannya digenggam kemas di bawah meja. Terketar macam terkena penyakit parkinson.
"You jangan ingat i bodoh lah, i tahu semua rancangan bangang you ni dengan team gayder you tu" Rony menelan liur. Tekaannya tepat. Syasya seorang yang licik dan misteri.
Rony bangun seraya mahu beredar, sepantas kilat Syasya merentap lengan Rony, membuatkam telefon bimbit yang dipegang terjatuh ke dalam cawan espresso milik Rony.
"Fuck it ! Iphone 6 plus aku lah gila!" Bentak Rony dengan kuat, serentak itu, satu tamparan hebat singgah di pipi Syasya.
---------
Pancaran sang mentari sudah mencucuk mata, Rony tersedar dari lenanya yang panjang. Dia mengalihkan pandangan ke sebelah, kelihatan Remy terbaring kepenatan setelah melangsaikan bil- bil air yang tertunggak. Rony tersenyum puas, kini hidupnya kembali normal selepas mangsanya yang ke - 200 dihapuskan pada malam terakhir mereka berjumpa.
20 Nov 2015
KARKAS #226: GAYDER JATUH CINTA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment