Masa berlalu begitu pantas seperti baru semalam dia meninggalkan aku. Getus hati Ayu. Hari ini dia hadir ke majlis perkahwinan Marco untuk melihatnya kali yang terakhir. Dia juga ingin melihat siapakah perempuan yang berjaya merebut Marco darinya. Adakah perempuan itu secantik dia kini?
Majlis itu dihadiri oleh ahli keluarga dan teman-teman rapatnya sahaja. Ramai yang tidak cam akan Ayu. Dahulu dia cuma gadis kampung yang lurus. Kekampungannya dulu menerima cinta itu dengan mudah. Sesiapa saja pasti tewas dengan ketampanan Marco bermata biru, bertubuh sasa, kacukan pelbagai jenis darah di serata dunia. Bukannya tidak tahu sifat Marco si buaya darat tapi cinta itu membutakan segala-galanya. Benar kata orang cinta itu menyerlahkan kebodohan dan celaka seseorang.
*
“Kita berpisah saja. Bukan kerana kau tidak cantik tapi dunia kita berbeza. Keluargaku mementingkan darah dan keturunan daripada cinta kita.”
Kata-kata terakhirnya benar-benar membunuhku dan masih terngiang-ngiang setiap masa.
Aku tidak mengerti apa salah dan kurangnya diriku. Apa mahumu aku turuti. Mana saja kau pergi, aku temani. Mana mungkin keluargamu tidak menyukaiku, jumpa pun belum pernah. Aku sedar, cintaku hanya untuk kepentingan dirimu sahaja selepas teman-temanku beritahu tentang dirimu sebenar-benarnya. Kau tidak menghargai cintaku yang setia seperti bintang yang selalu menemani bulan, tapi bulan masih menunggu matahari untuk mencipta sengsara gerhana. Tiga bulan aku mengurungkan diri diseksa oleh kenangan dulu sehinggalah orang tuaku memanggil Nenek Otrah untuk mengubatkan kemurunganku.
“Cinta kau hanya berpaut diranting sahaja. Berbuah dihujung menunggu busuk dan gugur sendiri. Jika kau ingin membalasnya datanglah ke teratak usang nenek,” bisik Nenek Otrah seakan mengerti penderitaan yang aku alami.
Aku bagaikan terpukau dengan hasutan Nenek Otrah. Balas dendam? Tidak, aku cuma ingin menuai cintaku kembali. Perihal dendam itu kemudian saja. Aku cuma mahukan kebenaran. Aku ikrarkan hati untuk kuat kembali dengan pertolongan Nenek Otrah.
Keesokannya aku pergi ke rumah Nenek Otrah yang terletak asing daripada penduduk kampung. Teratak usang yang disebutnya semalam tidaklah begitu usang. Rumah banglo lama dan lamannya agak luas dan bersih. Di belakang rumahnya terdapat satu bukit. Mungkin di situ juga dia mencari akar-akar kayu dan herba-herba untuk mengubat orang.
“Kau akan tinggal bersamaku selama 3 bulan. Mari tolong aku siapkan makan malam, akan aku terangkan caranya untuk tolong kau.” Ujar Nenek Otrah kelihatan riang melihat aku datang.
“Kau tahu bagaimana helang tua menjadi gagah dan hebat semula?” Tanya Nenek Otrah semasa makan malam di rumahnya dan aku sekadar menggeleng saja.
Aku perhatikan Nenek Otrah tidak setua dengan usianya 72 tahun. Bentuk badannya masih boleh tahan dan masih mampu menggoyangkan pinggul ketika berjalan meskipun kulitnya kereput sedikit. Aku tidak begitu mengenali dia dan masih terlalu awal untuk bertanyakan tentang hidup dan keluarganya.
“Baguslah kau tak tahu. Kalau tak, pasti kau tak mahu.”
Malam seram mendingin selepas mendengar Nenek Otrah kata begitu dan tersenyum miring.
Belum sempat aku berkata apa, aku terasa khayal dan terus tidak sedarkan diri. Penderitaan aku bermula malam itu juga.
*
Malam tahun baru, pertama kalinya Ayu berjumpa dengan rakan-rakan selepas dirinya mengalami perubahan. Rakan-rakan terkejut dan tidak menyangka perubahan Ayu yang amat ketara. Apabila ditanya, dia cuma menjawab azam tahun baru, lupa yang lama mulakan yang baru; move on. Dahulunya dia berpakaian longgar kerana bentuk badan yang kurang mengiurkan, kini dia berani berpakaian agak ketat hingga menampakan pinggangnya yang ramping dan kemontokan alur-alurnya.
“Kalau Marco tahu rupa kau sekarang, mesti dia merayu untuk kembali. Kau tahukan dia kahwin esok? Kita pergi nak?”
Ayu senyum, tiada sebarang jawapan. Esok waktu sesuai untuk menuntut kebenaran.
*
“Selamat pengantin baharu Abang Marco!”
“Terima kasih. Eh, Ayu?” Marco terkesima apabila melihat Ayu.
Tangan yang dihulur disambut dengan mesra oleh Ayu. Marco dapat merasakan seperti renjatan bila menyambut tangan Ayu dan tidak ingin dilepaskan.
“Ya, ini Ayu. Jentayu!” sambil menarik keras tangannya.
Saat jabatan tangan dilepaskan, Marco terus meraung menyebut nama Ayu. Merayu-rayu meminta maaf dan meminta diberi peluang kedua. Orang yang hadir terkejut dan cuba menenangkan Marco tapi dia tetap meroyan seperti orang hilang akal. Dia gila di majlis perkahwinannya.
*
Kau tidak sedar apa yang terjadi selama 3 bulan. Aku membawamu mendaki bukit di belakang rumahku, tiada siapa yang tahu apa yang terjadi. Hanya buah mulut penduduk mengatakan aku membela saka ataupun hantu raya. Aku akan mengurungkan kau di sebuah gua, pastinya aku merantaikan kau.
Penderitaan kau bermula apabila kau menghentakkan muka sendiri di atas batu. Bibirmu pecah, gigimu semuanya patah dan muka bengkak.
Keesokannya kau akan menarik-narik rambut hingga botak dan mencabut segala bulu di tubuhmu. Pasti sakitnya bukan kepalang. Sebulan selepas itu, setelah gigimu tumbuh, kau sendiri akan mencabut semua kuku-kukumu dan menghentak tubuhmu ke tanah dan merotan tubuhmu dengan akar hingga tidak sedarkan diri. Yang belok kini lurus, yang sekat kini lancar. Selepas itu aku pasungkan kau dan baluti seluruh tubuhmu. Setiap malam cahaya bulan akan menyuluh ke tubuhmu untuk sembuh. Jangan takut aku sentiasa disisimu untuk menjaga dan membaca jampi serapah.
Selepas semuanya selesai, terserah pada kau mahu buat apapun rancangan kau, samada merebut cinta kembali atau membalas dendam, kau tanggung akibatnya sendiri. Kedua-duanya adalah pembelaan yang kau inginkan.