4 Apr 2018

KARKAS #251 : PEREMPUAN BERMATA JERNIH

Mentari tersenyum riang, bagaikan seorang puteri diraja dan awan-awan bergumpalan bagaikan sekumpulan dayang yang mengiringi puteri yang berseri-seri itu.

Aku membuka mata. Cahaya mentari yang menerobos masuk dari jendela yang tidak lagi dilitupi oleh langsir tebal itu membuatkan mataku terasa perit dan silau. Aku tertidur setelah menunaikan solat subuh. Kulihat di sebelah kananku, ada buku Habis Gelap Terbitlah Terang masih dalam keadaan terkangkang di atas bantal bersaiz sederhana, kututupkan setelah ditanda dengan penanda buku.

Peluh yang merembes keluar di dahi kukesat dengan belakang tangan. Sesekali timbul kerutan di dahi apabila mengenangkan mimpi tadi. Ia seakan nyata. Bunyi tempikan tegas seorang perempuan berwajah kabur di atas kapal. Semua orang memanggilnya Laksamana Keumalahayati dan pertempuran sengit yang diketuai oleh Adruja Wijayamala. Percikan darah yang berbau hanyir bertebaran membuatkan aku hanya bersembunyi dalam keadaan bergetar menahan ketakutan.

Hari ini hari Sabtu jadi aku berasa ingin keluar ambil angin nanti.
Aku bangkit dari katil dan segera mengisikan barang-barang yang ingin aku bawa. Di antaranya sebuah dompet, sebatang pena dengan rekaan klasik ada bulu pelepah putih di hujungnya, sebuah buku nota bersaiz sederhana yang biasa aku gunakan menulis catatan atau coretan, sebuah buku nota lagi untuk menulis puisi, sepeket kecil tisu, beg kecil berisi bedak padat dan gincu, kamera polaroid yang sering menemani aku merayau di keliling kota dan sebotol gam cair bersaiz kecil. Kesemuanya kini selamat berada di dalam beg galas berjenama Roxy.

Setelah bersiap ala kadar dengan bermekap tipis menyaluti wajah, aku keluar dengan satu garis lengkung sabit dan menuju ke perhentian bas untuk ke bandar.

Oleh kerana bas telah sarat dengan penumpang, aku terpaksa duduk di sebelah seorang lelaki. Apabila melihat wajahnya, aku berasa aku seperti mengenalinya tetapi aku tidak ingat di mana.
Dia tersenyum manis apabila mata kami bersatu. Aku hanya melukis senyum segaris sahaja.

Hah, baru aku teringatkan sesuatu berkenaan lelaki di sebelahku! Rupa-rupanya dia kebetulan kawan alam maya, di Facebook. Patutlah dia tersenyum manis bagai gula kapas tadi apabila melihatku.

Melihatkan aku bersikap selamba seperti tidak pernah menjadi kawan alam mayanya, dia berdeham sebelum menanyakan soalan;
"Awak ini Syaza kan?"

"Ya. Kenapa?" Aku sengaja menanyakan soalan juga kepadanya. Aku memandang dia sekilas sebelum pandangan mata dialihkan ke hadapan. Serius, aku rela sekali duduk di barisan paling belakang jika ada peluang dan tiada orang. Aku berasa kedua tanganku sejuk. Rasa tidak selesa menggigit tangkai hati.

"Rupa-rupanya kecil sahaja dunia, kita menjadi kawan di Facebook walaupun tak selalu bertegur sapa, kini kita di dalam bas yang sama. Saya mahu berkenalan dengan awak," ujarnya dan tidak akusangka, dia berani menggeselkan lengannya di lenganku.

Aku menggigit bibir dan menjarakkan diri sedikit ke tepi, menjauh daripada lelaki itu. Sempat aku menjelingnya dengan tajam. Dia terseny…

No comments:

Post a Comment